Thursday, 19 August 2010

Karipap Sardin


Doh:
1 cawan tepung gandum
4 sb minyak masak yang dipanaskan
1 sk garam
Air secukupnya
  • Gaulkan tepung gandum + garam + minyak panas.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga tepung tidak melekat pada jari lagi.

Inti:
1 tin kecil sardin (lenyek)
1 biji kentang (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
6 biji cili padi
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sb sos cili
1 sk garam
Minyak masak
  • Tumbuk cili padi + bawang putih + halia sehingga lumat.
  • Goreng kentang sehingga separuh masak.
  • Masukkan bawang besar + tomato + bahan tumbuk dan gaul sehingga agak garing.
  • Masukkan sardin dan gaul rata.
  • Masukkan garam + sos cili dan seimbangkan rasa.
  • Sejukkan inti.
  • Bentukkan karipap dengan pencetak setelah diisi dengan inti.
  • Goreng karipap sehingga kekuningan.

2 comments:

  1. wah....hari2 msk. ngalahkn org kat msia lak:)

    ReplyDelete
  2. nak buat cmne bazar ramadhan xde kt sini...nk mkn kenalah masak sndiri...hehe...

    ReplyDelete