Wednesday 29 September 2010

Donat Bersira Sambal



1 bungkus mauripan
1 kg tepung gandum
1 cawan air
1 cawan marjerin
3 sb gula
2 biji telur
1 sk garam
1/2 sk bikarbonat
1/2 sk baking powder
Minyak masak
Sambal ikan bilis
  • Rendam mauripan + air sehingga berbuih.
  • Campurkan semua bahan dan uli sehingga doh tidak melekat dan lembut.
  • Bentukkan doh menjadi donat atau mengikut kesukaan masing-masing.
  • Biarkan donat mengembang dua kali ganda atau selama 2 jam.
  • Gorengkan donat.
  • Sira donat dengan sambal ikan bilis.



Monday 20 September 2010

Perubahan 'Mood' Dapur


Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa blog ini tampak sepi dan kurang serinya. Tanggal 11 November, satu lembaran baru perlu diterokai. BERPINDAH!. Secara tidak langsung dapur juga turut berubah. Walaupun dapur lama agak kecil tetapi ia menyimpan terlalu banyak kenangan. Di sinilah ku mula mengenali dapur elektrik dan semakin aktif mencuba pelbagai resepi.



Inilah ruang dapurku yang baru dan dikongsi dengan 4 penghuni bilik yang lain. Tampak sempurna, namun pergerakan agak terbatas. Adakah ini penyebab utama mengapa tiada lagi resepi yang ingin dikongsi? Insya-Allah ia tidak akan berlaku. Niat untuk sama-sama berkongsi dengan yang yang lain tetap membara. Nantikan perkongsian seterusnya...






Saturday 4 September 2010

Begedil Daging


2 biji kentang
1 genggam daging cincang
1 batang daun sup (hiris halus)
5 sb bawang goreng
1 sk garam
1/2 sk serbuk lada putih
1 biji telur
Minyak masak
  • Goreng kentang sehingga masak.
  • Tumbuk kentang sehingga lumat.
  • Campurkan kentang + daging cincang + daun sup + bawang goreng + serbuk lada putih + garam dan gaul rata.
  • Bentukkan adunan.
  • Pukulkan telur.
  • Celup adunan ke dalam telur dan digoreng sehingga kekuningan.



Nota:
  • Sesuai disajikan bersama mee sup atau soto. Selamat mencuba!...





Kuah Bawang Murtabak


1 biji bawang besar (hiris nipis)
2 sb cuka
1 sb gula
1 sk garam
Sedikit air
Sedikit pewarna merah
  • Campurkan semua bahan dan seimbangkan rasanya.




Murtabak


Beberapa keping kulit popia

Inti:
3/4 cawan daging cincang
2 biji kentang (potong dadu)
1 sb serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (potong dadu)
Daun sup
1 sk garam
2 biji telur
  • Tumiskan bawang putih + bawang besar + rempah kari sehingga naik bau.
  • Masukkan kentang + daging cincang dan tunggu sehingga masak.
  • Masukkan garam + daun sup.
  • Pukul telur dan campurkan dengan adunan daging.
  • Ambil kulit popia, isikan inti dan lipat empat segi.
  • Goreng dengan sedikit minyak.
  • Boleh dimakan dengan kuah bawang.