Sunday 27 January 2013

Pisang Goreng Rangup



1 sisir pisang (dibuang kulit dan dibelah dua)
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
3 sb santan pekat
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk garam
1/2 sb baking powder
1 sb marjerin (dicairkan)
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng


  • Campurkan tepung beras+ tepung gandum + telur + santan + serbuk kunyit + garam + baking powder dan gaul sebentar.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sesuai untuk dijadikan adunan tepung goreng.
  • Akhir sekali masukkan marjerin yang telah dicairkan dan gaul rata.
  • Celupkan pisang dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.




Nota:

  • Sesuai juga untuk menggoreng keladi, cendawan, cempedak dan lain-lain lagi.
  • Lebih sedap dimakan dengan sambal kicap atau sos cili.




Sunday 20 January 2013

Puding Tiramisu Strawberi


150 g jem strawberi
80 ml air suam

250 g cream cheese
125 g whipped cream
125 g whipping cream
50 g icing sugar

1 peket biskut tiramisu @ lady fingers
1 sb nescafe
1 cawan air suam

Sedikit strawberi segar
Sedikit serbuk koko


  • Untuk penyediaan filling, campurkan jem strawberi + air suam dan gaul hingga sebati.
  • Untuk penyediaan krim, pukul cream cheese + icing sugar sehingga lembut.
  • Masukkan whipping cream + whipped cream dan pukul sehingga sebati.
  • Untuk penyediaan nescafe kosong, campurkan nescafe + air suam dan kacau hingga larut.
  • Untuk melapis, masukkan filling ke dalam cawan atau bekas yang sesuai.
  • Celup sebentar sahaja biskut tiramisu  ke dalam air nescafe dan susun di atas filling tadi.
  • Masukkan pula lapisan krim ke atas biskut tersebut.
  • Ulang semula proses melapis tadi sehingga abis adunan.
  • Letakkan hirisan buah strawberi segar dan taburkan serbuk koko sebagai hiasan.
  • Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.





Nota:

  • Adunan di atas boleh menghasilkan 4 cawan tiramisu.
  • Boleh ditukar kepada filling dan buahan yang lain seperti kiwi, blueberi, mangga, lemon dan sebagainya.
  • Lebih enak dinikmati di dalam keadaan sejuk.



Wednesday 9 January 2013

Bubur Candil



1 cawan tepung pulut
2 sb tepung gandum
1/2 sk garam dan larutkan dengan 3/4 cawan air
Setengah periuk air

1 kotak kecil santan
1/2 ketul gula melaka
2 cawan air


  • Didihkan setengah periuk air.
  • Gaulkan tepung pulut + tepung gandum dan masukkan sedikit demi sedikit air larutan garam sehingga adunan tidak melekat lagi di jari.
  • Gentel doh menjadi bulat-bulat kecil dan masukkan ke dalam periuk air yang mendidih.
  • Tunggu sehingga doh timbul dan angkat.
  • Larutkan gula melaka + santan + air.
  • Masukkan doh tadi dan masak sehingga mendidih.
  • Sedia untuk dinikmati.






Terima Kasih 'sahabat'





Menerima kejutan di petang hari. Walaupun tidak dapat dipastikan siapa, terima kasih 'sahabat'.

Thursday 3 January 2013

Puding Trifle



1 biji kek swiss roll
1 kotak jeli kristal Nona
1 tin buahan koktail

4 sb tepung kastard
1 tin susu cair
1 tin air
6 sb gula


  • Potong swiss roll lebih kurang 1/2 inci dan susun di dalam bekas adunan untuk dijadikan lapisan bawah. Mampatkan.
  • Sudukan sedikit air buahan koktail pada keseluruhan lapisan swiss roll.
  • Campurkan tepung kastard + susu cair + air + gula dan masak di atas api yang kecil sehingga likat.
  • Tuangkan adunan kastard ke atas lapisan swiss roll dan biarkan sejuk seketika.
  • Masak jeli kristal mengikut arahan pada kotak dan biarkan sejuk sedikit.
  • Sudukan buahan koktail di atas lapisan kastard dan ratakan.
  • Tuangkan jeli kristal perlahan-lahan dan biarkan seketika.
  • Masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 1 jam dan boleh dihidangkan.