Click Me!

Monday, 27 January 2014

Bubur Lambuk Daging



1 cawan beras
4 cawan air
5 ulas bawang merah (dimayang halus)
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
2 inci halia (dimayang halus)
3 sb serbuk kurma
Rempah tumis (1 kayu manis, 1 bunga lawang, 1 buah pelaga dan 2 bunga cengkih)
1 mangkuk daging (dihiris nipis dan direbus sehingga empuk)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
2 biji kentang (dipotong dadu)
1/2 cawan santan
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Bawang goreng
Daun sup


  • Panaskan minyak dan tumis rempah tumis + bawang merah + bawang putih + halia sehingga naik bau.
  • Masukkan serbuk kurma dan gaul rata sehingga agak garing.
  • Masukkan daging + beras + air + lobak merah + kentang dan biarkan sehingga beras kembang, lobak merah dan kentang empuk.
  • Masukkan santan + garam + bawang goreng + daun sup dan gaul seketika sebelum tunggu sehingga mendidih.
  • Matikan api dan boleh dihidangkan.





Resepi asal di sini.




Tuesday, 14 January 2014

Ayam Ungkep




1/2 ekor ayam (dipotong ikut citarasa)
1 sk serbuk kunyit
2 batang serai (dititik)
1 keping asam keping
2 biji kentang (dipotong 4)
3 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
5 ulas bawang putih (dikisar)
10 biji bawang merah (dikisar)
1 sb ketumbar biji (dikisar)
1 sk jintan manis (dikisar)
1 sk jintan putih (dikisar)
3 inci halia (dikisar)
15 biji cili padi (dikisar)


  • Gaulkan ayam + serbuk kunyit + garam dan perap sebentar.
  • Tumiskan bahan kisar sehingga minyak naik
  • Masukkan serai + kentang + ayam yang diperap + air + asam keping + garam jika kurang dan gaul rata.
  • Tutup kuali rapat-rapat dan biarkan sehingga ayam masak dan kentang empuk.
  • Kacau sekali-sekala bagi mengelakkan air kering atau hangus.
  • Bila semua telah masak, tutup api dan boleh dihidangkan dengan nasi putih, roti atau lempeng.





Resipi asal di sini.





Sunday, 5 January 2014

Roti Goreng Pedas




5 keping roti putih (dipotong 4)
4 sb tepung jagung
2 sb tepung beras
2 sb cili kisar
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sb ikan bilis (ditumbuk)
1 tangkai daun kari (dihiris halus)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

  • Campurkan semua bahan-bahan kecuali roti dan minyak.
  • Bancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan cair sedikit daripada tepung goreng pisang.
  • Panaskan minyak.
  • Celup roti ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga kekuningan.
  • Angkat dan toskan minyak.
  • Sedia untuk dinikmati bersama sos cili atau sos kacang.



Resepi asal di sini.




Tuesday, 30 April 2013

Puding Roti Bakar



8 keping roti (dipotong ikut suka)
500 ml susu segar
1 biji telur
3 sb gula
2 sb tepung kastard
1 sk esen vanila
1/2 sk garam
Sedikit kepingan badam
Sedikit coklat urai


  • Campurkan susu segar + telur + gula + tepung kastard + esen vanila + garam dan dipukul sehingga sebati.
  • Susun roti di dalam bekas pembakar dan curahkan adunan susu tadi.
  • Biarkan selama 20 minit.
  • Taburkan kepingan badam + coklat urai sebelum dibakar.
  • Bakar adunan pada suhu 180 celcius selama 30 minit dengan api atas bawah atau sehingga keperangan.
  • Lebih enak jika dinikmati bersama sos kastard.












Nasi Kebuli



2 cawan beras basmathi (direndam selama 20 minit)
3 cawan santan
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (dititik)
2 helai daun limau purut
4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga cengkih, 1 bunga lawang, 1 biji buah pelaga)
2 sb minyak sapi
1 sb serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam

Hiasan:
Telur dadar (dihiris nipis)
Kismis
Bawang goreng (jika suka)


  • Panaskan minyak sapi dan tumis halia + serai + daun limau + 4 sekawan sehingga naik bau.
  • Masukkan serbuk ketumbar + serbuk jintan manis + serbuk jintan putih + serbuk lada hitam + serbuk kunyit dan digaul sehingga agak garing.
  • Masukkan santan + garam dan kacau rata.
  • Apabila mendidih, masukkan beras dan kacau sebentar.
  • Masak nasi seperti biasa.
  • Apabila hendak menghidang, taburkan telur dadar + kismis + bawang goreng sebagai hiasan.
  • Boleh dihidangkan bersama lauk pauk seperti ayam goreng, jelatah, ayam masak merah, dalca daging, daging masak kicap atau lauk pauk lain mengikut citarasa masing-masing.












Monday, 29 April 2013

Karipap Aiskrim Goreng



10 keping roti
Aiskrim secukupnya (perisa kegemaran)
Acuan karipap saiz sederhana
Minyak untuk menggoreng


  • Ambil sekeping roti dan leperkan sedikit dengan penggelek.
  • Letakkan roti di atas acuan karipap.
  • Letakkan lebih kurang 2 sudu kecil aiskrim dan buat seperti karipap biasa.
  • Simpan karipap aiskrim di dalam peti sejuk di bahagian beku selama semalaman.
  • Panaskan minyak dan terus goreng karipap aiskrim tanpa dinyahbekukan terlebih dahulu.
  • Apabila karipap aiskrim agak kekuningan, angkat dan perlu dimakan segera bagi mengelakkan aiskrim cair.