Tuesday 27 December 2011

Lai Chi Kang



4 biji kembang semangkuk
1/2 cawan longan kering
1/2 cawan cincau (dicincang halus)
1 sb kismis hitam
1 buku gula melaka (saiz sederhana)
1/2 cawan kacang tanah (dibakar sebentar)
1 sb barli (direbus sehingga empuk)

  • Kembang semangkuk direndam dengan air panas sehingga kembang.
  • Rebus gula melaka + longan kering sehingga gula melaka larut dan longan lembut.
  • Dalam satu bekas, campurkan kesemua bahan dan sedia dihidangkan.
  • Boleh ditambah dengan pelbagai bahan lain mengikut citarasa masing-masing seperti gula kundur dan kurma cina kering.






Monday 19 December 2011

Hadiah Istimewa...

Alhamdulillah... Akhirnya projek kain felt berjaya dilaksanakan walaupun baru kali pertama buat. Teruja dan gembira sangat-sangat. Yang paling utama, insan yang menerimanya pun menzahirkan perkara yang sama. Hehe...



Niat asalnya hendak buat sarung telefon guna cross stitch, tetapi lain pula jadinya. Walau apa pun, syukur pada Allah di atas ilham yang diberikan. Tanpa keizinan-Nya, projek ini tidak akan berjaya. Semoga minat baru ini mampu diteruskan untuk menghasilkan projek-projek yang lain pula...Insya-Allah...


Bahagian hadapan sarung telefon



Bahagian belakang sarung telefon

Kek Keju Berlapis


1 bungkus biskut marie
300 ml susu segar (dipanaskan seketika)

500 gm cream cheese
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

  • Pukul cream cheese + gula halus sehingga kembang.
  • Masukkan susu segar dan dipukul rata.
  • Sediakan loyang.
  • Celup biskut marie ke dalam susu segar suam dan susun di atas loyang untuk lapisan pertama.
  • Lapiskan dengan adunan keju tadi.
  • Ulang kembali lapisan biskut marie dan adunan keju sehingga habis.
  • Taburkan lebihan biskut marie yang telah dihancurkan di bahagian atas kek.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk selama 6 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.








Roti Pita Ayam


Sekeping roti pita (dipotong tengah)
1 kepingan dada ayam (dibelah nipis memanjang)

BAHAN PERAPAN:
2 sb sos worcestershire
1 sk garam
1 sk serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)

UNTUK MENGGORENG:
Minyak masak
1 biji telur (dipukul)
Tepung gandum secukupnya

HIASAN:
Daun salad
Tomato
Sos cili
Mayonis

  • Campurkan semua bahan perapan + ayam dan biarkan selama 30 minit.
  • Celupkan ayam ke dalam telur dan golekkan di atas tepung gandum.
  • Goreng sehingga ayam masak atau berwarna kekuningan.
  • Susun daun salad + tomato + sos cili + mayonis pada bahagian dalam roti pita.
  • Letakkan ayam di tengah-tengah dan di tambah dengan sos cili atau mayonis mengikut citarasa masing-masing.








Monday 12 December 2011

Nasi Serai dan Daging Lada Hitam



Resepi nasi serai klik di sini



Boleh dihidangkan dengan lauk ayam masak kurma + daging lada hitam + jelatah.



DAGING LADA HITAM

300 gm daging (direbus dan dihiris nipis)
1 sb biji lada hitam (ditumbuk halus)
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 biji lada benggala (dihiris)
Sedikit gula
Sedikit minyak masak

  • Tumiskan lada hitam sehingga naik bau.
  • Masukkan kicap manis + sos tiram + gula dan seimbangkan rasa.
  • Masukkan daging dan biarkan seketika.
  • Masukkan lada benggala dan kacau.
  • Boleh dihidangkan.





Monday 21 November 2011

Laksa Terengganu


1 bungkus mee lidi (direbus sehingga lembut)

KUAH:
5 ekor ikan selayang/ sardin (direbus dengan 3 keping asam keping) - air rebusan jangan dibuang
5 biji bawang merah (ditumbuk)
1 sb lada hitam (ditumbuk)
1 kotak kecil santan
1 mangkuk air
2 sk garam

HIASAN:
Timun (dicincang memanjang)
Taugeh
Daun kesum (dihiris halus)
Kacang panjang (dihiris kecil)
Sedikit belacan
Sedikit garam

SAMBAL:
10 biji cili kering (direbus sehingga lembut dan ditumbuk)
1 sk garam (ditumbuk)

  • Kisar isi ikan yang telah direbus dengan menggunakan sebahagian air rebusannya.
  • Masukkan bawang merah + lada hitam + santan + air + ikan yang telah dikisar ke dalam periuk dan tunggu sehingga mendidih.
  • Masukkan garam dan seimbangkan rasanya.
  • Boleh dihidangkan bersama mee lidi yang telah direbus, bahan hiasan dan sambal.








Kek Coklat Kukus



Bahan A:
2 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 sk garam

Bahan B:
1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sk baking powder
1 1/2 sk bikarbonat

Sedikit esen vanila
2 biji telur (dipukul sehingga kembang)

  • Panaskan pengukus.
  • Campurkan Bahan A dan diadun sehingga sebati.
  • Ayak Bahan B dan dimasukkan ke dalam adunan Bahan A.
  • Masukkan esen vanila + telur dan digaul sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik kertas minyak dan disapu dengan sedikit marjerin.
  • Kukus selama 45 minit atau sehingga kek masak.
  • Boleh hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing.







Lontong Goreng Pedas



5 bungkus kecil nasi impit/ lontong/ ketupat (dipotong kiub)
10 biji cili padi (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit belacan (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 batang lobak (dihiris)
2 biji telur
1 biji tomato
1 sk garam
Minyak masak

  • Tumiskan bawang besar sehingga agak layu.
  • Masukkan bahan tumbuk dan gaul sehingga agak garing.
  • Masukkan lobak dan biarkan seketika.
  • Masukkan garam + telur dan gaul sebati.
  • Masukkan potongan nasi impit/ lontong/ ketupat dan digaul rata.
  • Masukkan tomato dan gaul seketika sebelum tutup api.






Nota:
  • Lobak boleh digantikan dengan sayuran yang lain mengikut citarasa masing-masing.
  • Boleh juga di tambah dengan ikan bilis goreng untuk lebih sedap.

Thursday 6 October 2011

Udang Goreng Kunyit


15 ekor udang saiz sederhana (buang kulit dan tinggalkan ekornya sahaja)
1 sb serbuk kunyit
1 sk garam
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji lada merah (dihiris)
2 sb sos tiram
Sedikit air
Minyak masak

  • Gaul udang + serbuk kunyit + garam
  • Gorengkan sebentar udang sehingga agak masak.
  • Gunakan minyak gorengan udang tadi untuk menumis bawang besar + bawang putih + lada merah.
  • Apabila naik bau, masukkan sos tiram + sedikit air dan biarkan agak pekat.
  • Masukkan udang dan matikan api.




Sirap Lemon



1 gelas air masak

2 sb gula
1 biji buah lemon (diperah dan ambil jusnya)
1 sk sirap ros
Ais secukupnya

  • Campurkan air + gula dan kacau sehingga gula larut.
  • Masukkan sirap ros.
  • Masukkan jus lemon dan kacau rata.
  • Masukkan ais jika suka.



Kueytiew Kungfu



100 gm kueytiew
2 biji telur
2 ulas bawang putih (diketuk)
5 biji cili padi (diketuk)
1 genggam isi ayam/fish cake
1 batang sawi
1/2 batang lobak
1/2 biji tomato
3 sb sos tiram
1 sb tepung jagung + 3 sb air
Air secukupnya
Garam
Minyak masak

  • Pukul telur dan masukkan kueytiew.
  • Tuangkan kueytiew ke dalam kuali dan nipiskan seperti membuat lempeng.
  • Apabila agak kekuningan, terbalikkan dan biarkan sehingga masak.
  • Untuk kuahnya, tumiskan bawang putih + cili padi sehingga naik bau.
  • Masukkan hirisan isi ayam dan biarkan seketika.
  • Masukkan hirisan lobak + air mengikut citarasa + sos tiram + sedikit garam.
  • Apabila mendidih, masukkan sawi dan tomato.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • Tuangkan kuah ke atas kueytiew yang digoreng tadi.





Wednesday 6 July 2011

Ayam Masak Kicap



1/2 ekor ayam (potong kecil-kecil)
Rempah tumis 4 sekawan
1 inci halia (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (potong bulat)
2 sb cili kisar
2 sb kicap pekat
5 sb kicap manis
1 sb sos tiram
1/2 sk asam jawa
1 biji kentang (potong wedges)
2 cawan air (bergantung sama ada hendak kuah banyak atau tidak)
Sedikit garam
Sedikit gula
Minyak masak

  • Panaskan minyak masak dan goreng sebentar kentang sehingga agak masak. Ketepikan.
  • Dengan menggunakan lebihan minyak tadi, tumis 4 sekawan + bahan tumbuk + bawang besar sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan biarkan sehingga garing.
  • Masukkan ayam + air dan tunggu sehingga mendidih.
  • Masukkan kicap pekat + kicap manis + sos tiram + garam + gula + asam jawa dan seimbangkan rasanya.
  • Biarkan sehingga ayam empuk.
  • Masukkan kentang yang telah digoreng dan biarkan sebentar sebelum tutup apinya.






Wednesday 29 June 2011

Ayam Panggang dan Salad



1 ekor ayam
2 sk serbuk cili
2 sk serbuk lada hitam
2 sk garam
Sedikit mixed herb
Minyak zaitun
Benang

  • Bersihkan ayam dan keringkan sedikit dengan menggunakan tisu dapur.
  • Lumurkan keseluruhan ayam dengan serbuk cili + serbuk lada hitam + garam + minyak zaitun.
  • Ikatkan kaki dan kepak ayam dengan benang.
  • Letakkan di atas dulang pembakar dan taburkan sedikit mixed herb.
  • Bakar selama 1 setengah jam hingga 2 jam bergantung pada jenis oven. Bakar pada suhu 220 celcius dan api atas bawah.







Sos:

2 sb mayonis
2 sb sos cili

  • Campur semua bahan dan gaul rata.
  • Sesuai untuk dimakan dengan daun salad, timun dan tomato.

Thursday 23 June 2011

Karipap Daging


Resepi untuk doh karipap ada di sini.

Inti:
500 gm daging cincang
5 biji bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
2 sb cili kisar atau serbuk cili
2 sb serbuk kari
1 biji kentang (potong dadu)
Sepokok daun sup (hiris halus)
2 sk garam
Sedikit minyak masak

  • Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar atau serbuk cili dan gaul rata.
  • Campurkan serbuk kari + sedikit air untuk dijadikan pes.
  • Masukkan serbuk kari tadi dan gaul rata.
  • Masukkan kentang + daging cincang dan biarkan sehingga empuk dan sedikit kering.
  • Masukkan garam dan seimbangkan rasanya.
  • Masukkan daun sup dan gaul sebentar sebelum matikan api.





Thursday 16 June 2011

Terung Sambal



2 batang terung (saiz sederhana)
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam
6 biji cili padi (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci belacan (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 genggam ikan bilis
1 sk asam jawa
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit garam
Sedikit air
Sedikit minyak masak

  • Terung dibelah dua tetapi jangan sampai putus hujungnya.
  • Gaulkan terung dengan serbuk kunyit + garam + sedikit air.
  • Bakar atau goreng terung sehingga masak.
  • Gorengkan ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
  • Dengan lebihan minyak tadi, tumis bawang besar + bahan tumbuk sehingga agak garing.
  • Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga agak kering.
  • Masukkan garam + asam jawa dan seimbangkan rasanya.
  • Masukkan ikan bilis yang ditumbuk sedikit kasar + tomato dan gaul sebentar.
  • Tuangkan sambal di atas terung yang dibakar atau digoreng tadi.






Monday 13 June 2011

Mee Bandung



500 gm mee kuning (dicelur)
250 gm udang
10 tangkai cili kering (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
5 biji bawang merah (dikisar)
1/2 cawan udang kering (direndam dengan 1 cawan air dan dikisar bersama-sama air rendaman tadi)
5 sb gula
4 cawan air
1 kiub ayam atau daging
1 sb sos tiram
2 batang sawi (dihiris dan dicelur)
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit minyak masak

  • Tumis bahan kisar + sos tiram sehingga naik bau.
  • Masukkan air + kiub ayam dan biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan udang + garam + gula dan seimbangkan rasanya.
  • Pecahkan telur dan biarkan mendidih.
  • Untuk menghidang, masukkan mee kuning ke dalam mangkuk dan diikuti dengan sawi yang telah dicelur.
  • Tuangkan kuah ke atas mee.




Murtabak Maggi

Ketika mula-mula mendadar murtabak maggi



Murtabak yang telah diterbalikkan



1 peket Maggi perisa kari
2 biji telur
1 genggam sayuran campur
2 batang sosej (hiris nipis)
Sedikit minyak masak

  • Asingkan mee Maggi dan serbuk perencah kari.
  • Celur mee Maggi sehingga empuk dan ditoskan.
  • Pukul telur sehingga sebati.
  • Masukkan sayuran campur + sosej + serbuk perencah kari dan gaul rata.
  • Masukkan mee yang telah dicelur dan gaul rata.
  • Dadarkan mee dengan sedikit minyak dan tunggu sehingga bahagian bawahnya garing sedikit.
  • Terbalikkan mee dan biarkan masak.


Murtabak yang telah siap dibuat