Tuesday 31 August 2010

Air Asam


1/2 biji bawang besar (potong dadu)
1/2 biji tomato (potong dadu)
1 sb sambal belacan
1/2 cawan air asam jawa
1/2 biji limau nipis
  • Campur semua bahan
  • Perahkan limau nipis.



Nasi Daging


2 cawan beras basmathi
4 cawan air
200 gm daging (potong nipis)
1 sb minyak sapi
1 sb minyak masak
1 sk jintan halus
1/2 sk jintan kasar
Rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih)
3 biji bawang merah (hiris)
2 inci halia (hiris)
1 sk garam
2 sk gula
Sedikit serbuk perasa sayuran
  • Panaskan minyak sapi + minyak masak.
  • Tumis rempah tumis + bawang merah + halia + jintan halus + jintan kasar sehingga naik bau.
  • Masukkan daging + air + serbuk perasa dan tunggu sehingga daging empuk.
  • Tambahkan garam + gula.
  • Masukkan sup + beras dalam rice cooker dan biarkan sehingga masak.
  • Boleh dihidangkan bersama jelatah dan air asam.




Talam Berlauk


Talam:
1 cawan tepung gandum
3 sb tepung jagung
3 cawan santan
1 sk garam
1 sb udang kering (rendam, tumbuk dan goreng garing)
1 sk serbuk lada hitam
  • Campur semua bahan dan gaul sehingga sebati.
  • Kukus sehingga hampir masak dan kemudian taburkan inti dan bahan tabur yang lain.
  • Kukus lagi sehingga masak.
Inti:
Segenggam daging cincang
2 biji kentang (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 sb serbuk kari
  • Tumis bawang besar sehingga agak layu.
  • Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  • Masukkan kentang + daging cincang dan tunggu sehingga masak.

Bahan tabur:
2 biji lada merah (cincang)
Daun sup (cincang)
Bawang goreng




Sunday 29 August 2010

Puding Roti


1 sb marjerin
1/2 cawan gula
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 sb milo
2 sb tepung jagung
6 keping roti
Sedikit garam
  • Campurkan gula + marjerin + telur dan gaul sehingga sebati.
  • Masukkan susu segar + milo + tepung jagung + garam dan gaul.
  • Masukan roti yang telah dipotong kecil-kecil dan biarkan sehingga roti lembut keseluruhannya.
  • Masukkan dalam loyang pengukus.
  • Kukus selama 45 minit.




Friday 27 August 2010

Perjalanan...




Syukur padaMu Ya Allah,
diri ini masih diberi kesempatan,
untuk meneruskan perjalanan...


Terlalu banyak laluan telah kutempuhi,
aku tenang menyusuri jalan yang lurus,
ada ketika bungkam melalui episod berliku,
kadangkala lelah mendaki bukit yang tinggi,
sesekali terpaksa berenang dengan penuh kepayahan menuju ketepian,


Di sisi yang lain, langkahku turut berirama,
kadangkala langkahku begitu pantas,
kerana yakin dengan laluan yang kulalui,
kadangkala langkahku terlalu perlahan,
mungkin kurasakan terlalu sukar untuk menempuhnya,
kadangkala langkahku terhenti,
apabila tiba di persimpangan,
kadangkala kurasakan langkahku pincang
adakah dek kerana dosa yang dilakukan?



Ya Allah,
mudahkan perjalanan dan langkahku di dunia dan akhirat,
sesungguhnya tiada lain yang kupinta,
hanyalah mendambakan,
keredhaanMu Ya Rahman Ya Rahim....

Thursday 26 August 2010

Roti Gulung


6 keping roti
1 tin sardin (kecil)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
3 biji cili padi (tumbuk)
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
1/2 biji tomato (potong dadu)
1/2 biji limau nipis (ambil jusnya)
1/2 biji kentang (potong dadu)
Minyak masak
  • Lecek isi sardin sehingga lumat.
  • Gorengkan kentang sehingga agak masak.
  • Masukkan bawang besar + tomato + bahan tumbuk dan tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan isi sardin + sos cili + garam + jus limau dan gaul rata.
  • Lembutkan roti dengan menggiling roti tersebut dan buangkan tepinya.
  • Sapukan inti sardin ke permukaan roti dan perlahan-lahan gulungkan roti.








Mee Sizzling


1 bungkus mee kuning (resepi asal gunakan mee sanggul @ yee mee)
2 inci halia (hiris)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 mangkuk cendawan shitake (hiris)
1 cawan isi ayam
10 tangkai cili kering (potong dua)
1 sk serbuk lada hitam
1 sk garam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis
1 sb tepung jagung + sedikit air
Air secukupnya
Minyak masak
  • Tumiskan bawang putih + halia + cili kering sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam + air dan tunggu sehingga agak empuk.
  • Masukkan sos tiram + kicap + serbuk lada hitam + garam dan gaul rata.
  • Masukkan cendawan shitake + larutan tepung jagung dan tunggu sehingga kuah agak pekat.
  • Masukkan mee ke dalam mangkuk hidangan dan curahkan kuah.








Wednesday 25 August 2010

Kuih Bakar


1 cawan gula
1 cawan air + sedikit esen pandan
2 cawan tepung gandum
450 ml santan (2 1/4 cawan)
2 sb marjerin
2 biji telur
1 sk garam
Pewarna hijau
Bijan (goreng tanpa minyak)
  • Kisarkan semua bahan kecuali bijan sehingga sebati.
  • Sapukan minyak pada loyang pembakar.
  • Panaskan dahulu loyang pembakar sehingga minyak panas.
  • Tuangkan adunan dan taburkan bijan.
  • Bakar selama 1 jam pada suhu 180 celcius dengan api atas bawah.



Ikan Masak Yogurt


1 ekor ikan (dilumur serbuk kunyit + garam)
2 inci halia (kisar)
5 biji cili padi (kisar)
1 biji lada merah (kisar)
3 biji bawang merah (kisar)
2 biji bawang putih (kisar)
1/2 biji tomato (kisar)
1 biji buah keras (kisar)
2 sb serbuk kari ikan (kisar)
2 sb susu segar
2 sb yogurt
1 batang kayu manis
2 biji cengkih
1 sk garam
1 sb gula
Daun ketumbar
Minyak masak
  • Ikan dibakar pada suhu 180 celcius dengan api atas bawah.
  • Tumiskan kayu manis + cengkih sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan kisar dan tunggu sehingga garing
  • Masukkan garam + gula + yogurt + susu segar dan gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan daun ketumbar.
  • Tuangkan kuah ke atas ikan tadi.





Monday 23 August 2010

Vadai


250 gm kacang dal (rendam selama 4 jam atau semalaman)
5 tangkai cili kering (potong halus)
2 tangkai daun kari (hiris halus)
1 biji bawang besar (cincang)
1 sk jintan manis
1 sk garam
Minyak masak
  • Kisar (tanpa air) kacang dal kepada dua bahagian, satu bahagian kisar lumat dan satu bahagian kisar kasar.
  • Campurkan semua bahan.
  • Bentukkan doh dan digoreng sehingga keperangan.


Yong Taufu


Sup:
1 liter air
1 kiub ayam
2 inci halia (diketuk)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1/2 sk garam
1 sk gula
Campuran bebola mengikut citarasa masing-masing
Kangkung atau sayur yang lain
  • Didihkan semua bahan kecuali campuran bebola dan sayuran.
  • Kemudian renihkan selama 1 jam.
  • Tapiskan sup dan masukkan campuran bebola + sayuran.

Sos:
15 tangkai cili kering
1/2 cawan gula melaka
3 cm belacan
300 ml air
1 sb tepung jagung (dibancuh dengan 50 ml air)
Sedikit gula (jika kurang manis)
1/2 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
1 sk garam
Minyak masak
  • Goreng cili kering sehingga garing dengan menggunakan api kecil.
  • Kisarkan cili kering.
  • Didihkan air + gula melaka.
  • Masukkan cili kisar + belacan dan tunggu sehingga mendidih.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul rata.
  • Masukkan garam + gula dan seimbangkan rasa.
  • Masukkan kacang tanah tumbuk dan gaul rata.

Saturday 21 August 2010

Sayur Campur


1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 biji lada merah (hiris)
1 sk garam
2 sb ikan bilis goreng (tumbuk kasar)
Sedikit serbuk perasa sayuran
Sedikit air
1 sk tepung jagung dan dicampur dengan sedikit air
Minyak masak
Campuran sayur seperti lobak, putik jagung, kobis, bunga kobis, brokoli, kucai dan lain-lain mengikut citarasa masing-masing
  • Tumis bawang besar + bawang putih + lada merah sehingga kekuningan.
  • Masukkan air + sayuran yang agak keras sedikit seperti lobak atau bunga kobis dan gaul sehingga agak masak.
  • Masukkan sayuran yang lain dan gaul lagi.
  • Masukkan garam + serbuk perasa sayuran dan seimbangkan rasa.
  • Masukkan campuran tepung jagung dan gaul sehingga agak pekat.
  • Masukkan ikan bilis tumbuk dan matikan api.


Ayam Rangup Berempah


1 ekor ayam
2 inci halia (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
2 sk ketumbar (tumbuk)
1 sk jintan halus (tumbuk)
2 sk serbuk kunyit
2 sk garam
1 sk serbuk cili
2 sk serbuk lada hitam
1 biji telur
1/2 cawan susu segar
2 sb tepung gandum
2 sb tepung beras
1 sb tepung ubi
Minyak masak
  • Gaul ayam + bahan tumbuk + serbuk kunyit + garam + serbuk cili + serbuk lada hitam dan perap selama 1 jam.
  • Campurkan telur + susu segar dan pukul sehingga sebati.
  • Masukkan ayam dalam plastik dan goncang sehingga rata bersama dengan satu bahagian tepung gandum + tepung beras + tepung ubi.
  • Campurkan susu segar + telur dan pukul sehingga sebati.
  • Masukkan campuran susu ke dalam plastik berisi ayam tadi dan goncang lagi sehingga rata.
  • Golekkan ayam pada satu bahagian lagi campuran tepung dan goreng sehingga masak.


Nasi Lemak Berlauk


Nasi:
2 cawan beras
3 cawan air
2 biji bawang merah (hiris)
2 inci halia (hiris)
2 sb serbuk santan
1 sk garam
  • Basuh beras dan toskan.
  • Masukkan air + bawang merah + halia dan masak seperti biasa menggunakan rice cooker sehingga mendidih.
  • Masukkan serbuk santan + garam dan gaul rata.
  • Biarkan sehingga nasi masak.



Sambal sotong:
3 ekor sotong (saiz sederhana)
1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
3 sb cili kisar
2 sb air asam jawa
1 sk garam
2 sb gula
Sedikit air
Minyak masak
  • Tumiskan bawang besar + bawang putih sehingga kekuningan.
  • Masukkan cili kisar dan tunggu sehingga garing.
  • Masukkan sedikit air + air asam jawa + garam + gula dan gaul rata.
  • Seimbangkan rasa.
  • Masukkan sotong dan tunggu sehingga masak.




Nota:
  • Boleh dihidangkan bersama telur rebus @ telur goreng @ timun @ ayam goreng @ sayur campur @ tauhu goreng @ kacang tanah goreng @ bermacam-macam lagi lauk tambahan bergantung kepada citarasa masing-masing.
  • Resepi ayam rangup dan sayur campur akan diberi pada lembaran seterusnya...

Friday 20 August 2010

Ikan Kuah Asam Pedas


2 ekor ikan
4 sb cili kisar
1/2 sk serbuk kunyit
3 biji bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
2 sb air asam jawa
1 sk garam
1 biji tomato
6 biji bendi
Air
Minyak masak
  • Sapukan garam + kunyit pada ikan dan bakar sehingga masak.
  • Tumiskan bahan hiris sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar + sedikit serbuk kunyit dan tunggu sehingga garing.
  • Masukkan air secukupnya dan tunggu sehingga mendidih.
  • Masukkan garam + air asam jawa + bendi dan biarkan sehingga bendi empuk.
  • Masukkan tomato yang telah dibelah empat dan matikan api.
  • Tuangkan kuah ke atas ikan.
Maaf dalam gambar tiada bendi dan tomato sebab kehabisan stok. Hehe...
Terima kasih Kak As. Hehe...

Kuih Lapis Kacang Hijau


Bahan A:
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 sb tepung beras
2 sb tepung jagung
1 sk garam

Bahan B:
1/2 cawan kacang hijau yang telah direbus sehingga kembang
1/2 cawan air
Sedikit pewarna hijau

Bahan C:
1/2 cawan air
  • Campurkan semua Bahan A dan gaul sehingga sebati. Tapiskan adunan dan dibahagikan kepada dua bahagian.
  • Satu bahagian dicampurkan dengan Bahan B.
  • Satu bahagian lagi dicampau dengan Bahan C.
  • Sapukan sedikit minyak pada loyang.
  • Masukkan satu senduk adunan B ke dalam loyang dan kukus selama 10 minit.
  • Keluarkan loyang dan masukkan pula lapisan satu senduk adunan C dan kukus kembali 10 minit.
  • Ulang langkah di atas sehingga adunan habis.
  • Pastikan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong.

Kredit kepada http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1100587

Pak Choy Berkuah Telur


2 batang pak choy
1/2 biji bawang besar (hiris)
2 biji bawang putih (hiris)
1 biji telur
1/2 sk garam
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit serbuk perasa sayuran
Air
Minyak masak
  • Tumiskan bawang besar + bawang putih sehingga kekuningan.
  • Masukkan air secukupnya + serbuk lada putih dan tunggu mendidih.
  • Masukkan pak choy + garam + serbuk perasa sayuran + telur dan kacau sehingga telur dan sayur masak.

Thursday 19 August 2010

Karipap Sardin


Doh:
1 cawan tepung gandum
4 sb minyak masak yang dipanaskan
1 sk garam
Air secukupnya
  • Gaulkan tepung gandum + garam + minyak panas.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga tepung tidak melekat pada jari lagi.

Inti:
1 tin kecil sardin (lenyek)
1 biji kentang (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
6 biji cili padi
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sb sos cili
1 sk garam
Minyak masak
  • Tumbuk cili padi + bawang putih + halia sehingga lumat.
  • Goreng kentang sehingga separuh masak.
  • Masukkan bawang besar + tomato + bahan tumbuk dan gaul sehingga agak garing.
  • Masukkan sardin dan gaul rata.
  • Masukkan garam + sos cili dan seimbangkan rasa.
  • Sejukkan inti.
  • Bentukkan karipap dengan pencetak setelah diisi dengan inti.
  • Goreng karipap sehingga kekuningan.

Sotong Goreng Kunyit


2 ekor sotong (saiz sederhana)
2 sk serbuk kunyit
1 sk garam
1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 biji lada merah (hiris)
1 inci halia (hiris)
1 biji tomato
  • Gaulkan sotong + serbuk kunyit + garam dan perap selama 1/2 jam
  • Tumis bawang besar + bawang putih + lada merah + halia hingga agak layu.
  • Masukkan sotong dan gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan tomato yang telah dibelah empat.

Wednesday 18 August 2010

Daging Goreng Pelangi


500 gm daging
2 sk serbuk kunyit
1 sk garam
2 sk gula
1/2 batang lobak
1/4 biji lada banggala warna merah, hijau dan kuning (dihiris memanjang)
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
Minyak masak
  • Gaulkan daging + serbuk kunyit + garam dan perap dalam 20 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng daging sehingga garing.
  • Masukkan bawang merah + bawang putih + halia + lobak + lada banggala dan gaul sehingga sebati.
  • Tambahkan gula dan seimbangkan rasa.



Kredit kepada Ketuk-Ketuk Ramadan 2010 (resepi Anne Ngasri)


Kek Pisang



6 biji pisang emas
1 3/4 cawan tepung gandum
5 biji telur
1 sb bikarbonat
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
  • Kisar pisang + telur + minyak masak + gula sehingga lumat.
  • Campurkan bahan kisar + tepung gandum + bikarbonat dan gaul sebati.
  • Adunan ini boleh dibakar atau dikukus. Bakar selama 60 minit pada suhu 180 celcius dengan api bawah. Kukus selama 40 minit.

Mee Goreng Mudah


1 bungkus mee kuning
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
6 biji cili padi (dihiris)
1/2 cawan isi ayam
6 batang daun kucai
1 biji tomato
2 sk garam
Sedikit air
Minyak masak
  • Tumiskan bawang besar + bawang putih + cili padi sehingga agak layu.
  • Masukkan isi ayam + garam dan gaul.
  • Masukkan air mengikut sukatan masing-masing sama ada hendak berkuah sedikit atau kering.
  • Apabila isi ayam telah masak, masukkan mee kuning dan gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan daun kucai + tomato dan gaul lagi.


Friday 13 August 2010

Sambal Goreng Perantau


2 biji kentang (dihiris nipis)
2 keping tauhu (dihiris npis)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji lada merah
1/2 cawan ikan bilis
1 keping tauhu kering (dipotong kecil-kecil dan direndam)
Segenggam suhun (dipotong dan direndam)
5 sb kicap
2 sb air asam jawa
1 sk garam
Minyak masak

  • Goreng kentang + tauhu + ikan bilis secara berasingan. Ketepikan dahulu.
  • Tumiskan bawang besar + bawang putih + lada merah sehingga layu.
  • Masukkan tauhu kering + suhun + sedikit air dan gaul rata.
  • Masukkan kicap + air asam jawa + garam dan seimbangkan rasanya.
  • Masukkan kentang + tauhu yang telah digoreng dan gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng dan gaul rata.