Thursday 8 November 2012

Hati Lembu Goreng Rempah



300 gm hati lembu (dihiris nipis)
3 biji bawang kecil (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
2 sb cili kisar
3 biji cili padi (diketuk)
3 sb kicap manis
1/2 sb ketumbar
1/2 sk jintan manis
1/2 sk jintan putih
2 batang serai (diketuk)
3 helai daun limau purut
Sedikit minyak masak


  • Gaul hati lembu dengan serbuk kunyit + garam dan digoreng sehingga agak masak. Ketepikan.
  • Tumis bawang merah + bawang putih + halia sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar + serai + cili padi + ketumbar + jintan manis + jintan putih + daun limau purut dan gaul sehingga agak garing sedikit..
  • Masukkan kicap manis dan seimbangkan rasa.
  • Masukkan hati lembu yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
  • Boleh dihidangkan.







Wednesday 31 October 2012

Mee Hoon Goreng Jawa



1/2 bungkus mee hoon (direndam dengan air + serbuk kunyit)
5 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 genggam ikan bilis (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sb serbuk lada putih
Garam dan gula secukupnya
2 cawan air
1 genggam taugeh
2 pokok daun kucai (dihiris 1 inci)
3 keping tauhu (digoreng)
1 pokok daun sup (dihiris)


  • Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  • Masukkan air + garam + gula + serbuk lada putih dan seimbangkan rasanya.
  • Masukkan mee hoon yang telah berwarna kuning dan gaul rata.
  • Apabila telah rata, masukkan taugeh + daun kucai + tauhu goreng + daun sup dan gaul sehingga sebati.
  • Sesuai dimakan begitu sahaja atau dijadikan salah satu lauk untuk nasi ambeng.






Monday 29 October 2012

Air Roselle Bandung



1/8 cawan kordial Roselle
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan air ais krim soda
Ais secukupnya


  • Campurkan kordial roselle + susu segar dan kacau sehingga berbuih.
  • Masukkan air ais krim soda dan kacau lagi.
  • Tambahkan ais dan sedia untuk dihidangkan.







Wednesday 24 October 2012

Jagung Kukus Lemak Manis


500 gm jagung (frozen)
2 sb marjerin
4 sb susu pekat manis
Secubit garam


  • Kukus jagung selama 30 minit.
  • Campur semua bahan ketika jagung masih panas lagi dan gaul sebati.
  • Sedia untuk dinikmati.






Tuesday 31 July 2012

Ayam Paprik



1/8 bahagian ayam (dipotong kecil-kecil)
1/2 batang lobak merah (dihiris bulat)
1 cawan bunga kobis (dipotong besar)
1/2 biji capsicum (dihiris besar)
4 biji putik jagung (dibelah empat memanjang)
1 biji tomato (dipotong dadu)
4 biji cili padi (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
2 ulas bawang putih (diketuk)
3 helai daun limau purut
2 sb kicap manis
2 sb sos tiram
5 sb sos cili
1 biji limau nipis
1 cawan air
1 sk garam
2 sb gula



  • Tumiskan bahan yang diketuk + daun limau purut sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam + tomato, gaul rata dan dibiarkan seketika.
  • Masukkan air + lobak merah dan tunggu hingga mendidih.
  • Masukkan bunga kobis + capsicum + putik jagung dan gaul rata.
  • Masukkan kicap manis + sos tiram + sos cili + garam + gula + jus limau nipis dan seimbangkan rasa.
  • Boleh dinikmati bersama nasi putih atau nasi goreng.




  • Boleh pelbagaikan sayuran yang lain mengikut citarasa.
  • Jika lebih suka pedas, boleh tambahkan cili padi.



Monday 30 July 2012

Masak Lemak Udang Dengan Peria



1/2 biji peria (dihiris dan direndam dengan air garam sebentar)
15 ekor udang (dibuang kulit)
3 biji cili padi (diketuk)
1 batang serai (diketuk)
2 cawan santan
3 biji bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci kunyit hidup (ditumbuk)
2 keping asam keping
Garam secukup rasa



  • Masukkan santan + cili padi + serai + bahan tumbuk + asam keping dan masak sehingga mendidih.
  • Masukkan peria + garam dan tunggu mendidih sekali lagi
  • Masukkan udang dan gaul rata sebentar sehingga udang bertukar warna.
  • Boleh dihidangkan.




  • Jika ingin lebih pedas, boleh tambahkan cili padi dan tumbuk sekali bersama bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup.
  • Sekiranya warna kuning kurang menyerlah, boleh tambahkan serbuk kunyit.




Thursday 26 July 2012

Ikan Masak Pindang




2 ekor ikan (pilihan ikan masing-masing)
1 batang serai
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
3 biji cili padi
2 keping asam keping
6 biji bendi (dipotong dua)
1/2 batang lobak merah (dipotong bulat)
2 cawan air
Garam secukup rasa

  • Serai + halia + bawang putih + cili padi + kunyit hidup diketuk sedikit dan bawang merah dihiris.
  • Masukkan air + bahan yang diketuk + bawang merah + asam keping + lobak merah + garam ke dalam periuk dan biarkan mendidih.
  • Masukkan bendi + ikan dan biarkan mendidih sekali lagi.
  • Seimbangkan rasa dan boleh dihidangkan.




Monday 9 July 2012

Muffin Pandan



90 gm mentega
70 gm gula kastor
110 gm tepung gandum (diayak)
1 sk baking powder (diayak)
1 biji telur
50 ml susu segar
1 sk perasa pandan
Pewarna hijau secukupnya
Biji labu secukupnya
Acuan muffin saiz sederhana



  • Panaskan oven pada suhu 180 celcius.
  • Pukul mentega + gula kastor sehingga gebu.
  • Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  • Masukkan tepung + baking powder + susu segar secara selang-seli dan gaul rata. 
  • Masukkan perasa pandan + pewarna hijau dan gaul sebati.
  • Masukkan adunan 3/4 daripada acuan muffin dan taburkan biji labu sebagai hiasan.
  • Bakar selama 30 minit atau sehingga masak sempurna.






Sunday 1 July 2012

Roti John


2 buku roti panjang
1 keping daging cincang Ramly
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 inci halia (dicincang)
2 sb rempah kari
2 sb serbuk cili
1 sk garam
3 sb sayur campur
2 biji telur
Sedikit air
Sos cili secukupnya
Mayonis secukupnya
Sedikit minyak masak




  • Cuci daging cincang dan goreng tanpa minyak sehingga agak garing. Ketepikan.
  • Tumis bawang besar + bawang putih + halia sehingga naik bau.
  • Masukkan rempah kari + serbuk cili + sedikit air dan gaul rata.
  • Masukkan daging cincang yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
  • Masukkan sayur campur + garam dan gaul rata. Matikan api.
  • Pukul sedikit telur dan masukkan adunan daging cincang tadi.
  • Panaskan kuali leper dan tuangkan separuh adunan daging cincang.
  • Apabila telah separuh masak, potong tengah roti panjang dan tekapkan atas adunan daging cincang.
  • Apabila masak, terbalikkan roti dan biarkan sebentar hingga agak garing.
  • Tuangkan sos cili + mayonis di atas daging cincang dan dilipat dua.
  • Sedia untuk dinikmati.




  • Sekiranya tidak minat menggunakan sayur campuran, boleh ditukar kepada daun sup, daun bawang atau lobak merah sahaja.
  • Lebih sedap sekiranya diletakkan daun salad, timun dan tomato.



Kailan Goreng Belacan


2 pokok kailan
3 biji bawang merah (ditumbuk kasar)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
4 biji cili padi (ditumbuk halus)
1 inci belacan (ditumbuk halus)
Sedikit ikan bilis (ditumbuk kasar)
Sedikit air
Sedikit minyak masak



  • Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan sayur kailan yang telah dipotong dan dicuci.
  • Masukan sedikit air dan gaul rata hingga agak masak. 
  • Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam.





Sunday 24 June 2012

Puding Permata


Bahan A
300 ml air
200 ml susu segar
125 gm gula
2 sb serbuk koko
1 sb serbuk agar-agar


Bahan B
500 ml air
400 ml susu segar
200 gm gula
1 bungkus (11 gm) serbuk agar-agar
1 1/2 sb tepung kastard (dibancuh dengan 3 sb air)






  • Campurkan semua bahan A untuk dijadikan aduan coklat dan kacau sebati.
  • Didihkan adunan coklat di atas api.
  • Masukkan adunan coklat di dalam loyang dan biarkan beku.
  • Apabila telah beku, potong puding coklat bentuk dadu dan ketepikan.
  • Kemudian, campurkan semua bahan B untuk adunan kastard dan kacau sebati.
  • Didihkan adunan di atas api.
  • Tuangkan adunan kastard 3/4 di dalam acuan yang disukai.
  • Masukkan puding coklat yang telah dipotong dadu ke dalam adunan kastard dan dibiarkan beku. 




Saturday 23 June 2012

Program HAWA Bulan April


Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas nikmat kesihatan dan bakat yang ada. Satu lagi program HAWA telah dijalankan pada bulan April. Maaf lambat mengemaskini program. Kali ini perkongsian sedikit ilmu untuk membuat brooch daripada  kain felt. Untuk program tersebut, hanya ditunjukkan dua daripada pelbagai bentuk brooch yang boleh dibuat. Sekiranya anda berminat, anda boleh cari di internet mengenai kepelbagaian kraftangan daripada kain felt.

Saya membeli kain felt secara online iaitu di blog cda craft. Jika berminat boleh dibeli di sini.


Berikut adalah contoh-contoh yang telah berjaya dihasilkan oleh rakan-rakan yang turut serta dalam program ini. Terima kasih diucapkan atas minat dan kerjasama yang diberikan. Moga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat pada semua. Keriangan yang terpancar di wajah rakan-rakan cukup memberi makna yang besar pada diri ini. 

 Terdapat versi bunga ros hitam yang comel... Hehe...

 Idea kreatif menghasilkan rama-rama dan ditambah dengan labuci... Menarik bukan...

Empat kuntum bunga ros yang cantik... Sangat cantik jika dipakai di tudung @ blazer...

Tunggu pula program HAWA yang akan datang...

Thursday 21 June 2012

Sup Tauhu Jepun



2 bungkus tauhu jepun (dipotong 8 bahagian dan digoreng sebentar)
1 batang lobak merah
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm halia (dihiris)
1 biji telur
1 gelas air
1 kiub ayam
1 sk serbuk lada putih
1 sk serbuk lada hitam
1 sk tepung jagung + 1 sk air
Sedikit minyak masak
Daun sup secukupnya


  • Tumiskan bawang merah + bawang putih + halia hingga agak garing.
  • Masukkan air + kiub ayam + lobak merah + serbuk lada putih + serbuk lada hitam dan tunggu sehingga mendidih.
  • Masukkan tauhu jepun yang telah digoreng dan pecahkan telur.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sedikit kuahnya.
  • Gaul rata dan masukkan daun sup yang telah dihiris.
  • Sedia untuk dihidangkan.




Tuesday 5 June 2012

Kerabu Ayam



1/4 bahagian ayam (direbus dan diracik)
1 batang lobak merah (dihiris memanjang)
2 helai daun limau purut (dihiris halus)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji cili padi (dihiris halus)
Daun ketumbar secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam
2 biji limau nipis
1/2 sk garam
1 sk gula

  • Gaul semua bahan dan perasakan dengan perahan limau nipis + garam + gula.
  • Seimbangkan rasa dan boleh dihidangkan.






Monday 4 June 2012

Puff Sardin






pastri puff secukupnya
1 tin kecil sardin (asingkan kuahnya dan dilecek)
2 biji cili padi (dihiris halus)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji telur (dipukul sedikit)




  • Nyahbekukan pastri puff sehingga lembut.
  • Campurkan sardin + cili padi + bawang besar dan digaul sebati.
  • Letakkan inti di tengah-tengah pastri dan dilipat mengikut kreativiti.
  • Bahagian tepi pastri ditekan dengan menggunakan garfu.
  • Sapukan telur di bahagian atas pastri.
  • Bakar selama 20 minit atau sehingga kekuningan.





Kek Pelangi Pelbagai Perisa



430 gram tepung gandum
4 sk baking powder
1/2 sk garam
250 g mentega
280 g gula kastor
375 g susu segar
5 biji putih telur
Pewarna merah + perisa strawberi
Pewarna ungu + perisa blueberi
Pewarna kuning + perisa lemon
Pewarna coklat + coklat emulco
Pewarna biru + perisa keladi
Pewarna hijau + perisa pandan
Whipped cream secukupnya

  • Ayak tepung gandum + baking powder + garam dan ketepikan.
  • Pukul mentega + gula kastor sehingga gebu.
  • Masukkan putih telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga gebu.
  • Masukkan campuran tepung + susu segar secara selang-seli dan dipukul sehingga sebati.
  • Bahagikan adunan kepada 6 bahagian (setiap satu lebih kurang 260 gram) dicampurkan mengikut pewarna dan perisa yang digemari setiap satu bahagian.
  • Bakar setiap satu adunan selama 15 minit pada suhu 170 dan disejukkan.
  • Putar whipped cream sehingga kental.
  • Sapu krim pada setiap lapisan dan hias mengikut kreativiti.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk dan keluarkan jika telah tiba masa untuk dihidang.




Edible image di atas ditempah di Nurul Edible Image. Jika berminat, klik di sini.



Resepi asal diambil di sini dan diolah sedikit sekadar eksperimentasi.