Friday 31 December 2010

Sup Cendawan



1 sb marjerin
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
3 biji bawang putih (hiris)
1 mangkuk cendawan butang (hiris)
1/2 biji kentang (potong dadu)
1/2 sb serbuk lada hitam
4 cawan air
1 kiub ayam
1 sk garam
1/3 cawan susu segar
1 batang daun sup

  • Didihkan air + kiub ayam dan ketepikan.
  • Cairkan marjerin dan tumis bawang besar + bawang putih sehingga agak kekuningan.
  • Masukkan kentang dan gaul rata seketika.
  • Masukkan air rebusan tadi dan tunggu sehingga kentang empuk.
  • Masukkan cendawan butang + daun sup dan kacau seketika.
  • Kisar sup ini sehingga hancur.
  • Masak kembali sup ini dengan memaukkan susu segar + serbuk lada hitam + garam.
  • Biarkan sehingga mendidih.



NOTA:
  • Jika menggemari cendawan yang kurang hancur, asingkan dahulu cendawan butang sebelum dikisar. Setelah sup dikisar lumat, baru masukkan cendawan butang dan dikisar sebentar sahaja.
  • Sup ini amat sesuai di makan bersama roti, biskut atau di makan begitu sahaja.







Sunday 19 December 2010

Brokoli Campur Cendawan Hitam Masak Air




Sepohon brokoli
15 keping cendawan hitam kering (direndam sehingga kembang)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit ikan bilis
Sedikit so'on (direndam sehingga lembut)
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Sedikit minyak masak
  • Tumiskan bawang besar + bawang putih + ikan bilis sehingga agak garing.
  • Masukkan air.
  • Masukkan cendawan hitam + so'on + garam dan tunggu sehingga air mendidih.
  • Masukkan brokoli dan biarkan sebentar.







INFO:

  • Cendawan hitam turut dikenali sebagai cendawan telinga kera dan dipercayai mampu merawat gangguan kardiovaskular.
  • Selain itu cendawan hitam juga merupakan agen antioksidan dan boleh mengawal berat badan.




Saturday 18 December 2010

Akhirnya Kembali...


Alhmdulillah, inilah entri pertama setelah kembali ke Malaysia. Kepada mereka yang ternanti-nanti mohon maaf dihulurkan. Terdapat beberapa kengkangan yang membataskan diri untuk terus berkongsi kisah dan resepi.

Inilah dapurku sekarang. Comel kan? Walaupun yang ada hanyalah benda-benda asas, namun diriku tetap bahagia. Hehe... Syukur, Allah masih memberi kekuatan dan masa walaupun singkat untuk memasak.

Semoga Allah memudahkan perjalananku dalam menghadapi situasi berjauhan ini. Niat memasak untuk insan tersayang tetap menjadi agenda utama walaupun kembali sibuk di pentas pendidikan demi mendidik anak bangsa.

Nantikan entri seterus...