Sunday 24 June 2012

Puding Permata


Bahan A
300 ml air
200 ml susu segar
125 gm gula
2 sb serbuk koko
1 sb serbuk agar-agar


Bahan B
500 ml air
400 ml susu segar
200 gm gula
1 bungkus (11 gm) serbuk agar-agar
1 1/2 sb tepung kastard (dibancuh dengan 3 sb air)






  • Campurkan semua bahan A untuk dijadikan aduan coklat dan kacau sebati.
  • Didihkan adunan coklat di atas api.
  • Masukkan adunan coklat di dalam loyang dan biarkan beku.
  • Apabila telah beku, potong puding coklat bentuk dadu dan ketepikan.
  • Kemudian, campurkan semua bahan B untuk adunan kastard dan kacau sebati.
  • Didihkan adunan di atas api.
  • Tuangkan adunan kastard 3/4 di dalam acuan yang disukai.
  • Masukkan puding coklat yang telah dipotong dadu ke dalam adunan kastard dan dibiarkan beku. 




Saturday 23 June 2012

Program HAWA Bulan April


Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas nikmat kesihatan dan bakat yang ada. Satu lagi program HAWA telah dijalankan pada bulan April. Maaf lambat mengemaskini program. Kali ini perkongsian sedikit ilmu untuk membuat brooch daripada  kain felt. Untuk program tersebut, hanya ditunjukkan dua daripada pelbagai bentuk brooch yang boleh dibuat. Sekiranya anda berminat, anda boleh cari di internet mengenai kepelbagaian kraftangan daripada kain felt.

Saya membeli kain felt secara online iaitu di blog cda craft. Jika berminat boleh dibeli di sini.


Berikut adalah contoh-contoh yang telah berjaya dihasilkan oleh rakan-rakan yang turut serta dalam program ini. Terima kasih diucapkan atas minat dan kerjasama yang diberikan. Moga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat pada semua. Keriangan yang terpancar di wajah rakan-rakan cukup memberi makna yang besar pada diri ini. 

 Terdapat versi bunga ros hitam yang comel... Hehe...

 Idea kreatif menghasilkan rama-rama dan ditambah dengan labuci... Menarik bukan...

Empat kuntum bunga ros yang cantik... Sangat cantik jika dipakai di tudung @ blazer...

Tunggu pula program HAWA yang akan datang...

Thursday 21 June 2012

Sup Tauhu Jepun



2 bungkus tauhu jepun (dipotong 8 bahagian dan digoreng sebentar)
1 batang lobak merah
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm halia (dihiris)
1 biji telur
1 gelas air
1 kiub ayam
1 sk serbuk lada putih
1 sk serbuk lada hitam
1 sk tepung jagung + 1 sk air
Sedikit minyak masak
Daun sup secukupnya


  • Tumiskan bawang merah + bawang putih + halia hingga agak garing.
  • Masukkan air + kiub ayam + lobak merah + serbuk lada putih + serbuk lada hitam dan tunggu sehingga mendidih.
  • Masukkan tauhu jepun yang telah digoreng dan pecahkan telur.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sedikit kuahnya.
  • Gaul rata dan masukkan daun sup yang telah dihiris.
  • Sedia untuk dihidangkan.




Tuesday 5 June 2012

Kerabu Ayam



1/4 bahagian ayam (direbus dan diracik)
1 batang lobak merah (dihiris memanjang)
2 helai daun limau purut (dihiris halus)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji cili padi (dihiris halus)
Daun ketumbar secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam
2 biji limau nipis
1/2 sk garam
1 sk gula

  • Gaul semua bahan dan perasakan dengan perahan limau nipis + garam + gula.
  • Seimbangkan rasa dan boleh dihidangkan.






Monday 4 June 2012

Puff Sardin






pastri puff secukupnya
1 tin kecil sardin (asingkan kuahnya dan dilecek)
2 biji cili padi (dihiris halus)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji telur (dipukul sedikit)




  • Nyahbekukan pastri puff sehingga lembut.
  • Campurkan sardin + cili padi + bawang besar dan digaul sebati.
  • Letakkan inti di tengah-tengah pastri dan dilipat mengikut kreativiti.
  • Bahagian tepi pastri ditekan dengan menggunakan garfu.
  • Sapukan telur di bahagian atas pastri.
  • Bakar selama 20 minit atau sehingga kekuningan.





Kek Pelangi Pelbagai Perisa



430 gram tepung gandum
4 sk baking powder
1/2 sk garam
250 g mentega
280 g gula kastor
375 g susu segar
5 biji putih telur
Pewarna merah + perisa strawberi
Pewarna ungu + perisa blueberi
Pewarna kuning + perisa lemon
Pewarna coklat + coklat emulco
Pewarna biru + perisa keladi
Pewarna hijau + perisa pandan
Whipped cream secukupnya

  • Ayak tepung gandum + baking powder + garam dan ketepikan.
  • Pukul mentega + gula kastor sehingga gebu.
  • Masukkan putih telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga gebu.
  • Masukkan campuran tepung + susu segar secara selang-seli dan dipukul sehingga sebati.
  • Bahagikan adunan kepada 6 bahagian (setiap satu lebih kurang 260 gram) dicampurkan mengikut pewarna dan perisa yang digemari setiap satu bahagian.
  • Bakar setiap satu adunan selama 15 minit pada suhu 170 dan disejukkan.
  • Putar whipped cream sehingga kental.
  • Sapu krim pada setiap lapisan dan hias mengikut kreativiti.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk dan keluarkan jika telah tiba masa untuk dihidang.




Edible image di atas ditempah di Nurul Edible Image. Jika berminat, klik di sini.



Resepi asal diambil di sini dan diolah sedikit sekadar eksperimentasi.