Wednesday 28 July 2010

Kek Batik


5 biji telur
1 cawan marjerin
1 bungkus biskut marie (saiz besar)
4 senduk milo
1 tin susu pekat
  • Masakkan marjerin + susu pekat. Kacau sehingga sebati.
  • Pukul telur sehingga kembang dan masukkan ke dalam campuran di atas.
  • Masukkan milo dan kacau sehingga pekat.
  • Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan dan kacau sehingga rata.
  • Masukkan ke dalam loyang dan tekan adunan sehingga padat.
  • Boleh juga dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk mengeraskan sedikit kek.


Tuesday 27 July 2010

Sotong Supreme


2 ekor sotong (saiz sederhana)
1 sk garam
1 sk serbuk kunyit
1 cili merah (cincang)
1 cili hijau (cincang)
1 bawang besar (cincang)
1 inci halia (cincang)
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis
Minyak
  • Gaulkan sotong + serbuk kunyit + garam.
  • Gorengkan sekejap sotong tadi dan diketepikan.
  • Tumis bahan cincang sehingga garing.
  • Masukkan sos tiram + kicap dan kacau.
  • Masukkan sotong. Jika puashati dengan rasa masin dan manisnya, bolehlah tutupkan api.

kredit kepada http://www.myresipi.com/top/detail/3409

Wednesday 21 July 2010

Pak Choy Masak Sos Tiram


3 pokok pak choy
3 ulas bawang putih
3 sb sos tiram
2 sk gula
1 sk tepung jagung (dicampur dengan 2 sb air)
1/2 cawan air
Minyak masak
  • Pak choy dibelah dua dan dibasuh dengan bersih.
  • Rebus pak choy dengan meletakkan sedikit garam sehingga lembut.
  • Tumis bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan sos tiram + air + gula dan seimbangkan rasanya.
  • Masukkan campuran tepung jagung dan kacau sehingga likat.
  • Tuangkan kuah di atas pak choy yang telah direbus tadi.




Monday 19 July 2010

Potato Wedges

3 biji kentang (dibasuh dengan air suam dan tidak perlu dikupas kulitnya)
2 sk serbuk lada hitam
2 sk serbuk cili
1 sk garam
1 biji telur (dipukul)
Tepung gandum secukupnya
Minyak masak
  • Kentang dipotong berbentuk baji dan direbus sehingga agak empuk.
  • Toskan kentang dan biarkan sejuk sedikit.
  • Masukkan kentang + serbuk lada hitam + serbuk cili + garam ke dalam plastik. Goncang atau balik-balikkan plastik tersebut sehingga kentang bersalut sepenuhnya.
  • Celupkan kentang ke dalam telur.
  • Golekkan kentang di atas tepung gandum.
  • Gorengkan kentang sehingga kekuningan.


kredit kepada http://www.myresipi.com/top/detail/6115




INFO:
  • Ada kajian mengatakan kentang merupakan sayur yang paling murah tetapi paling berkhasiat.
  • 100gm kentang yang direbus hanya menyumbang 66 kalori sahaja. Malah kentang kaya dengan potassium dan vitamin C yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Wah! Nampaknya kentang boleh menggantikan nasi selepas ini.

Saturday 17 July 2010

Chicken Chop and Black Pepper Sauce


2 keping dada ayam (terpulang sama ada dipotong kecil-kecil atau tidak)
1 sk serbuk lada putih
1 sk garam
1 biji limau nipis
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
1 biji telur
Tepung jagung secukupnya
Serbuk roti secukupnya
Minyak masak
  • Ayam diperap bersama serbuk lada putih + garam + air limau nipis dan bahan tumbuk selama 2 jam.
  • Golekkan ayam di atas tepung jagung.
  • Celupkan ayam ke dalam telur yang telah dipukul.
  • Golekkan pula ayam pada serbuk roti.
  • Goreng ayam hingga masak.
650 ml air
1 kiub ayam
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 batang saleri (potong dadu)
3 sb marjerin
2 sb tepung gandum

2 sb sos cili
1 sb sos tiram

2 sk serbuk lada hitam
2 sk kicap manis
1 sk garam
  • Didihkan air + bawang besar + saleri. Kemudian tapiskan.
  • Cairkan marjerin. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
  • Masukkan air rebusan dan kacau supaya tidak bergentel.
  • Masukkan sos cili + sos tiram + kicap manis + serbuk lada hitam + garam dan gaul rata.
  • Masak sehingga sos menjadi pekat.

INFO:
  • Untuk membuat serbuk roti sendiri, anda hendaklah menjemur beberapa kepingan roti biasa selama 2 hari agar betul-betul menjadi keras.
  • Setelah itu, kepingan roti ini hendaklah ditumbuk sehingga lumat.
  • Serbuk roti ini boleh disimpan dalam jangka masa 2 bulan.

Thursday 15 July 2010

Nasi Ayam


2 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
3 sb marjerin
4 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sk garam

1 ekor ayam (terpulang untuk potong berapa)
3 sb madu
2 sb sos tiram
1 sb serbuk lada hitam

Rempah tumis (1-kayu manis, 1-buah pelaga, 1-bunga lawang, 2-cengkih)
2 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
1 sk serbuk lada putih
2 sk rempah sup
1 sk garam
Minyak masak

5 biji lada merah
1 biji tomato
2 ulas bawang putih
3 sb gula
3 sb sos cili

Salad
Tomato
Timun

  • Ayam direbus tetapi jangan terlalu empuk. Asingkan ayam dan air rebusannya.
  • Campurkan madu + sos tiram + serbuk lada hitam + 1/2 cawan air rebusan dan digaul rata. Sapu dan ratakan campuran madu pada keseluruhan ayam yang telah direbus. Perap selama 30 minit.
  • Cairkan marjerin. Tumiskan bawang merah + bawang putih hingga kekuningan.
  • Masukkan beras dan gaul rata. Biarkan seketika.
  • Masukkan 3 cawan air rebusan + garam dan biarkan hingga nasi masak.
  • Kisarkan lada merah + tomato + bawang putih + gula + sos cili + 1/2 cawan air rebusan hingga lumat. Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan tunggu hingga mendidih agar kelihatan lebih likat.
  • Tumiskan rempah tumis + bawang merah + bahan tumbuk hingga agak garing.
  • Tuangkan baki air rebusan + serbuk lada putih + garam + rempah sup dan biarkan mendidih.
  • Bakar ayam hingga masak pada suhu 180 celcius dengan api atas bawah. Air lebihan perapan boleh dimasak untuk dijadikan sos hitam.
  • Basuh dan potong salad + tomato + timun sebagai pelengkap hidangan.

INFO:

  • Salad bagus dijadikan sebagai sayuran mentah dan penawar terbaik bagi mengatasi insomnia, mengurangkan stress dan menenangkan fikiran.
  • Salad boleh mengurangkan kolestrol dan tekanan darah. Salah satu cara terbaik untuk berdiet, namun perlu dikurangkan penambahan mayonis, keju dan minyak zaitun dalam penyediaan salad.

Wednesday 14 July 2010

Brokoli Bersambal


200 gm brokoli (direbus dengan sedikit garam hingga empuk)
10 biji cili padi (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
1/3 cawan ikan bilis
2 sb air asam jawa
1/2 biji tomato
1 sk garam
Sedikit air
Sedikit perasa
Minyak masak

  • Gorengkan ikan bilis hingga garing dan diketepikan.
  • Tumiskan bawang besar hingga layu.
  • Masukkan bahan tumbuk dan biarkan hingga keluar minyak.
  • Masukkan sedikit air dan biarkan hingga agak kering.
  • Masukkan air asam jawa + garam + perasa dan gaul rata.
  • Tumbukkan ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.
  • Masukkan ikan bilis tumbuk + tomato dan tutupkan api.
  • Tuangkan sambal di atas brokoli yang telah direbus.



INFO:

  • Tomato mengandungi likopena (sebatian semulajadi yang memberikan warna merah) yang bertindak sebagai agen antioksidan yang baik. Tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi berbanding produk tomato seperti sos spagheti, jus tomato, tomato puri, sup tomato dan sos.
  • Amalkan seminggu sekali petua ini. Belahan tomato disapukan pada wajah sebelum tidur. Kemudian dibilas dengan air apabila telah kering. Insya-Allah mampu mengatasi masalah jerawat.

Tuesday 13 July 2010

Ikan Bakar dan Air Asam Kicap

Ikan bakar


1 ekor ikan (mengikut pilihan masing-masing)
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam
  • Sapu dan ratakan serbuk kunyit + garam pada keseluruhan ikan dan biarkan selama 20 minit.
  • Bakar ikan hingga masak pada suhu 180 celcius dengan api atas bawah.

Air asam kicap


5 biji cili padi (hiris nipis)
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
5 sb kicap manis
2 sk gula
1/2 biji limau nipis

  • Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
  • Sekiranya ada kekurangan, bolehlah ditambah mengikut citarasa masing-masing.

Monday 12 July 2010

Kek Marble


4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 cawan susu segar
1 sk esen vanila
1 sk baking powder
2 cawan tepung gandum
2 sb serbuk koko
Sedikit pewarna kuning
  • Pukul telur + gula hingga kembang.
  • Masukkan susu segar + minyak masak dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan esen vanila.
  • Masukkan tepung gandum + baking powder yang telah diayak dan gaul hingga sebati.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan sedikit pewarna kuning dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan serbuk koko. Gaul keduanya hingga sebati.
  • Sapukan marjerin pada loyang. Selang-selikan kedua-dua adunan ke dalam loyang.
  • Bakar hingga masak pada suhu 180 celcius dengan api bawah sahaja.

Thursday 8 July 2010

Ikan Berkuah Kicap


1 ekor ikan (pilihan masing-masing)
2 inci halia
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah (dihiris)
1/2 biji bawang besar (potong bulat)
3 sb cili kisar
2 sb air asam jawa
5 sb kicap manis
2 sk serbuk kunyit
Garam secukupnya
Sedikit air
Rempah tumis (1-bunga lawang, 1-buah pelaga, 2-cengkih, 1-kayu manis)
Minyak masak

  • Lumurkan ikan dengan garam + serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit.
  • Bakar ikan pada suhu 180 celcius dengan api atas bawah hingga masak.
  • Tumbuk halia + bawang putih hingga lumat.
  • Tumiskan rempah tumis + bawang merah + bahan tumbuk hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan biarkan hingga garing.
  • Masukkan sedikit air + kicap manis dan biarkan mendidih.
  • Masukkan garam + air asam jawa.
  • Masukkan bawang besar dan terus matikan api.
  • Tuangkan kuah kicap ke atas ikan yang telah dibakar.

INFO:
  • Ramai orang mengetahui halia berfungsi membuang angin di dalam badan. Selain itu, halia turut membantu dalam proses penghadaman makanan.
  • Air rebusan halia (4 cawan air + 2 inci halia) yang dicampur dengan hirisan lemon dan madu dikatakan boleh meredakan selsema dan batuk.

Tuesday 6 July 2010

Hobi...Cross Stitch...

Salah satu hobi yang tetap diteruskan di bumi London...


Cuma agak berbeza dengan sebelum ini, kali ini seni silang pangkah dibuat di atas 'table runner' yang lebih menarik dan pelbagai jenis teknik silang pangkah dapat dilakukan.


Satu pengalaman dan ilmu baru dalam aktiviti silang pangkah. Nampaknya hobi ini semakin menarik dan masih banyak lagi yang belum diteroka.

Seni silang pangkah ini boleh dilakukan pada pakaian, beg dan pelbagai lagi asalkan ia berasaskan kain. Kepada mereka yang tidak menggemari manik atau labuci, mungkin teknik silang pangkah ini boleh membantu dalam mengindahkan lagi persalinan anda!


Ini adalah hasil pertama yang bertemakan bunga tulip. 'Table runner' yang kedua masih dalam proses. Insya-Allah akan disiapkan dalam waktu terdekat ini.

Monday 5 July 2010

Ayam Panggang

1 ekor ayam
2 sb minyak zaitun
2 sb serbuk lada hitam
2 sk serbuk cili
2 sk garam
1 biji bawang besar tanpa dikupas
5 ulas bawang putih tanpa dikupas
1 batang lobak merah
1 batang saleri
1 biji lemon
Daun ketumbar

  • Sapu dan ratakan minya zaitun + serbuk lada hitam + serbuk cili + garam pada keseluruhan ayam.
  • Ikatkan ayam dengan kemas dan perap selama 3 jam.
  • Hiris bawang besar + lobak merah + saleri dalam saiz yang agak besar.
  • Tuang sedikit minyak zaitun pada dulang pembakar.
  • Taburkan bawang putih + bahan hiris di atas dulang pembakar.
  • Letakkan ayam di tengah-tengah dulang pembakar.
  • Bakar selama satu setengah jam pada suhu 180 celcius dengan api atas bawah.

sebelum dibakar


setelah masak

INFO:

  • Saleri merupakan penawar dalam menurunkan tekanan darah tinggi sama ada dimasak sup atau sayur sebagai hidangan sampingan. Lebih elok kalau dijadikan sebagai jus.
  • Saleri mempunyai bau yang wangi dan memberikan aroma dalam masakan. Aroma ini mampu menarik perhatian orang untuk menikmati hidangan.