Monday 12 July 2010

Kek Marble


4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 cawan susu segar
1 sk esen vanila
1 sk baking powder
2 cawan tepung gandum
2 sb serbuk koko
Sedikit pewarna kuning
  • Pukul telur + gula hingga kembang.
  • Masukkan susu segar + minyak masak dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan esen vanila.
  • Masukkan tepung gandum + baking powder yang telah diayak dan gaul hingga sebati.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan sedikit pewarna kuning dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan serbuk koko. Gaul keduanya hingga sebati.
  • Sapukan marjerin pada loyang. Selang-selikan kedua-dua adunan ke dalam loyang.
  • Bakar hingga masak pada suhu 180 celcius dengan api bawah sahaja.

2 comments:

  1. aku dah wat lia...huhu skali kematu da...tp anak2 aku hadap x smpai stgh jam. maklumla umi dia idokla rajin. rasa ok, tp x naik. mslh teknikal dgn oven kot (cewah, salahkan oven le plak)

    ReplyDelete
  2. ala siannya...xpe nnt aku bg resepi yg biasa aku buat...resepi ni pn 1st time buat gak...mmg agak keras skit...hehe...

    ReplyDelete