Sunday 20 January 2013

Puding Tiramisu Strawberi


150 g jem strawberi
80 ml air suam

250 g cream cheese
125 g whipped cream
125 g whipping cream
50 g icing sugar

1 peket biskut tiramisu @ lady fingers
1 sb nescafe
1 cawan air suam

Sedikit strawberi segar
Sedikit serbuk koko


  • Untuk penyediaan filling, campurkan jem strawberi + air suam dan gaul hingga sebati.
  • Untuk penyediaan krim, pukul cream cheese + icing sugar sehingga lembut.
  • Masukkan whipping cream + whipped cream dan pukul sehingga sebati.
  • Untuk penyediaan nescafe kosong, campurkan nescafe + air suam dan kacau hingga larut.
  • Untuk melapis, masukkan filling ke dalam cawan atau bekas yang sesuai.
  • Celup sebentar sahaja biskut tiramisu  ke dalam air nescafe dan susun di atas filling tadi.
  • Masukkan pula lapisan krim ke atas biskut tersebut.
  • Ulang semula proses melapis tadi sehingga abis adunan.
  • Letakkan hirisan buah strawberi segar dan taburkan serbuk koko sebagai hiasan.
  • Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.





Nota:

  • Adunan di atas boleh menghasilkan 4 cawan tiramisu.
  • Boleh ditukar kepada filling dan buahan yang lain seperti kiwi, blueberi, mangga, lemon dan sebagainya.
  • Lebih enak dinikmati di dalam keadaan sejuk.



No comments:

Post a Comment