Wednesday, 11 May 2011

Udang Masak Hitam



20 ekor udang (saiz sederhana)
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam
4 biji cili padi (cincang halus)
1/2 biji bawang besar (cincang halus)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
1 inci halia (cincang halus)
3 sb sos tiram
2 sb kicap manis
Sedikit minyak masak
  • Udang dibersihkan dan digaul dengan serbuk kunyit + garam sehingga rata.
  • Gorengkan sebentar udang sehingga agak masak dan diketepikan dahulu.
  • Dengan minyak gorengan udang tadi, tumiskan bawang besar + bawang putih + cili padi + halia sehingga agak layu.
  • Masukkan sos tiram + kicap manis dan kacau sebentar.
  • Masukkan udang tadi dan seimbangkan rasanya.




Monday, 21 March 2011

Koktail Buah Campuran



1 tin susu cair
1 tin buah-buahan campuran
1 tin kiub nenas
1 tin laici
1 bungkus jeli
Ais secukupnya

  • Campurkan semua bahan dan digaul rata.
  • Boleh ditambah dengan buah-buahan dalam tin yang lain, bergantung pada citarasa masing-masing.







Ikan Sambal Cili Api





1 ekor ikan
1 sk garam
1 sk serbuk kunyit

8 biji cili api (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci belacan (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
1biji tomato (belah 4)
1 sk garam
2 sk air asam jawa
Sedikit minyak masak
  • Lumur garam + serbuk kunyit pada ikan dan dibakar sehingga masak.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar.
  • Apabila telah layu, masukkan bahan tumbuk dan tunggu sehingga agak garing.
  • Masukkan air asam + garam + tomato dan seimbangkan rasa.
  • Tuangkan sambal di atas ikan yang dibakar tadi.


Saturday, 22 January 2011

Hadiah Cross Stitch


Dicelah-celah kesibukan yang melanda, Alhamdulillah diberi sedikit kesempatan untuk menyiapkan satu tugasan cross stitch sebagai hadiah kepada rakan berbangsa Cina. Semoga hadiah yang tidak seberapa ini mampu membuatkan dia gembira.



Ini salah satu daripada idea yang boleh diaplikasikan sekiranya telah mula bosan untuk memikirkan apakah hadiah yang hendak diberikan kepada seseorang. Cuma memerlukan sedikit kreativiti untuk mengolah agar cross stitch tampak menarik dan cantik.



Friday, 31 December 2010

Sup Cendawan



1 sb marjerin
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
3 biji bawang putih (hiris)
1 mangkuk cendawan butang (hiris)
1/2 biji kentang (potong dadu)
1/2 sb serbuk lada hitam
4 cawan air
1 kiub ayam
1 sk garam
1/3 cawan susu segar
1 batang daun sup

  • Didihkan air + kiub ayam dan ketepikan.
  • Cairkan marjerin dan tumis bawang besar + bawang putih sehingga agak kekuningan.
  • Masukkan kentang dan gaul rata seketika.
  • Masukkan air rebusan tadi dan tunggu sehingga kentang empuk.
  • Masukkan cendawan butang + daun sup dan kacau seketika.
  • Kisar sup ini sehingga hancur.
  • Masak kembali sup ini dengan memaukkan susu segar + serbuk lada hitam + garam.
  • Biarkan sehingga mendidih.



NOTA:
  • Jika menggemari cendawan yang kurang hancur, asingkan dahulu cendawan butang sebelum dikisar. Setelah sup dikisar lumat, baru masukkan cendawan butang dan dikisar sebentar sahaja.
  • Sup ini amat sesuai di makan bersama roti, biskut atau di makan begitu sahaja.







Sunday, 19 December 2010

Brokoli Campur Cendawan Hitam Masak Air




Sepohon brokoli
15 keping cendawan hitam kering (direndam sehingga kembang)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit ikan bilis
Sedikit so'on (direndam sehingga lembut)
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Sedikit minyak masak
  • Tumiskan bawang besar + bawang putih + ikan bilis sehingga agak garing.
  • Masukkan air.
  • Masukkan cendawan hitam + so'on + garam dan tunggu sehingga air mendidih.
  • Masukkan brokoli dan biarkan sebentar.







INFO:

  • Cendawan hitam turut dikenali sebagai cendawan telinga kera dan dipercayai mampu merawat gangguan kardiovaskular.
  • Selain itu cendawan hitam juga merupakan agen antioksidan dan boleh mengawal berat badan.




Saturday, 18 December 2010

Akhirnya Kembali...


Alhmdulillah, inilah entri pertama setelah kembali ke Malaysia. Kepada mereka yang ternanti-nanti mohon maaf dihulurkan. Terdapat beberapa kengkangan yang membataskan diri untuk terus berkongsi kisah dan resepi.

Inilah dapurku sekarang. Comel kan? Walaupun yang ada hanyalah benda-benda asas, namun diriku tetap bahagia. Hehe... Syukur, Allah masih memberi kekuatan dan masa walaupun singkat untuk memasak.

Semoga Allah memudahkan perjalananku dalam menghadapi situasi berjauhan ini. Niat memasak untuk insan tersayang tetap menjadi agenda utama walaupun kembali sibuk di pentas pendidikan demi mendidik anak bangsa.

Nantikan entri seterus...