Syukur padaMu Ya Allah,
diri ini masih diberi kesempatan,
untuk meneruskan perjalanan...
Terlalu banyak laluan telah kutempuhi,
aku tenang menyusuri jalan yang lurus,
ada ketika bungkam melalui episod berliku,
kadangkala lelah mendaki bukit yang tinggi,
sesekali terpaksa berenang dengan penuh kepayahan menuju ketepian,
Di sisi yang lain, langkahku turut berirama,
kadangkala langkahku begitu pantas,
kerana yakin dengan laluan yang kulalui,
kadangkala langkahku terlalu perlahan,
mungkin kurasakan terlalu sukar untuk menempuhnya,
kadangkala langkahku terhenti,
apabila tiba di persimpangan,
kadangkala kurasakan langkahku pincang
adakah dek kerana dosa yang dilakukan?
Ya Allah,
mudahkan perjalanan dan langkahku di dunia dan akhirat,
sesungguhnya tiada lain yang kupinta,
hanyalah mendambakan,
keredhaanMu Ya Rahman Ya Rahim....
No comments:
Post a Comment