Tuesday, 10 August 2010

Kentang Putar


3 biji kentang (dipotong dadu)
1 sb marjerin
2 sb susu segar
1 sk serbuk lada putih
1 sk garam
  • Kentang direbus sehingga betul-betul empuk.
  • Toskan kentang yang telah direbus.
  • Tumbuk kentang sehingga lumat.
  • Masukkan marjerin + susu segar + serbuk lada putih + garam dan gaul rata.
  • Proses di atas perlu dilakukan ketika kentang masih panas lagi.

Sos:
650 ml air
1 kiub ayam
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 batang saleri (potong dadu)
3 sb marjerin
2 sb tepung gandum
2 sb sos cili
1 sb sos tiram
2 sk serbuk lada hitam
2 sk kicap manis
1 sk garam

  • Didihkan air + bawang besar + saleri. Kemudian tapiskan.
  • Cairkan marjerin. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
  • Masukkan air rebusan dan kacau supaya tidak bergentel.
  • Masukkan sos cili + sos tiram + kicap manis + serbuk lada hitam + garam dan gaul rata.
  • Masak sehingga sos menjadi pekat.
  • Boleh dihidangkan bersama salad + hirisan tomato + timun.

2 comments:

  1. pinggan nampak cantik la haha
    AA

    ReplyDelete
  2. mstilah kn cantik...baru semangat nk nikmati hidangan...hehe...

    ReplyDelete