Friday, 6 August 2010

Ayam Percik



6 ketul daging ayam
15 tangkai cili kering*
2 ulas bawang putih*
4 biji bawang merah*
2 inci halia*
2 batang serai*
1 sb ketumbar*
1/2 sb jintan putih dan manis*
1 1/2 cawan santan
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula melaka
2 sb air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
  • Bahan bertanda * dikisar halus.
  • Perapkan ayam bersama bahan kisar selama 2 jam.
  • Masakkan campuran santan + tepung beras + gula melaka dan gaul sentiasa hingga sebati.
  • Masukkan ayam yang telah diperap dan gaul rata.
  • Masukkan garam + gula dan seimbangkan rasanya.
  • Tunggu sehingga ayam hampir empuk.
  • Keluarkan ayam dengan sedikit kuahnya dan biarkan lebihan kuah menjadi agak pekat.
  • Bakar ayam sehingga masak.
  • Hidangkan ayam dengan lebihan kuah.




2 comments:

  1. sedapnya....leh try ni. aku dah x mcm pntang, suma benda bedal je

    ReplyDelete
  2. cubalah buat dulu tp tunggu ler lps sebulan ko pantang...hehe...takut aku dgr ko main bedal je semua...

    ReplyDelete