Wednesday, 11 August 2010

Lasagne


Lapisan daging:

6 keping lasagne (direndam selama 15 minit)
500 gm daging cincang
1 biji bawang besar (dicincang)
2 biji tomato (dicincang)
4 sb cili kisar
1 sb tomato puri
2 sb sos cili
1 batang lobak (dipotong dadu)
1 mangkuk cendawan butang (dihiris)
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak
  • Tumis bawang besar + tomato hingga agak layu.
  • Masukkan cili kisar + tomato puri dan tunggu hingga garing.
  • Masukkan daging cincang dan gaul rata.
  • Masukkan sos cili + garam + gula dan seimbangkan rasa.
  • Masukkan lobak + cendawan butang dan biarkan masak.

Sos krim:

2 sb marjerin
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sb tepung gandum
2 cawan susu segar
1 sk garam
2 sk serbuk lada hitam
Daun ketumbar
  • Cairkan mentega dan masukkan bawang besar. Biarkan sehingga agak layu.
  • Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
  • Masukkan susu segar + garam + serbuk lada hitam dan gaul agar tidak bergentel.
  • Masukkan daun ketumbar dan angkat.


Cara menyusun lasagne:

Sedikit marjerin
Keju mozzarella secukupnya
  • Sapukan marjerin pada loyang pembakar.
  • Susunkan dua keping lasagne.
  • Kemudian masukkan separuh daripada adunan lapisan daging dan ratakan.
  • Masukkan satu daripada tiga bahagian sos krim dan ratakan.
  • Taburkan sedikit keju mozzarella.
  • Ulang langkah di atas.
  • Untuk lapisan terakhir, tuangkan baki sos krim dan taburkan keju mozzarella pada keseluruhan adunan.
  • Bakar selama 40 minit atau sehingga kekuningan pada suhu 180 celcius dengan api atas bawah.

2 comments:

  1. delizioso ... puo essere un grande chef...cakap itali sikit sbb mknn itali kan hahahaha

    ksha

    ReplyDelete
  2. xpelah x smpi itali lg...dpt makan masakan itali pn jadilah...hehe...

    ReplyDelete