1/2 bungkus mee hoon (direndam dengan air + serbuk kunyit)
5 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 genggam ikan bilis (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sb serbuk lada putih
Garam dan gula secukupnya
2 cawan air
1 genggam taugeh
2 pokok daun kucai (dihiris 1 inci)
3 keping tauhu (digoreng)
1 pokok daun sup (dihiris)
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan air + garam + gula + serbuk lada putih dan seimbangkan rasanya.
- Masukkan mee hoon yang telah berwarna kuning dan gaul rata.
- Apabila telah rata, masukkan taugeh + daun kucai + tauhu goreng + daun sup dan gaul sehingga sebati.
- Sesuai dimakan begitu sahaja atau dijadikan salah satu lauk untuk nasi ambeng.
1/8 cawan kordial Roselle
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan air ais krim soda
Ais secukupnya
- Campurkan kordial roselle + susu segar dan kacau sehingga berbuih.
- Masukkan air ais krim soda dan kacau lagi.
- Tambahkan ais dan sedia untuk dihidangkan.
500 gm jagung (frozen)
2 sb marjerin
4 sb susu pekat manis
Secubit garam
- Kukus jagung selama 30 minit.
- Campur semua bahan ketika jagung masih panas lagi dan gaul sebati.
- Sedia untuk dinikmati.
1/8 bahagian ayam (dipotong kecil-kecil)
1/2 batang lobak merah (dihiris bulat)
1 cawan bunga kobis (dipotong besar)
1/2 biji capsicum (dihiris besar)
4 biji putik jagung (dibelah empat memanjang)
1 biji tomato (dipotong dadu)
4 biji cili padi (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
2 ulas bawang putih (diketuk)
3 helai daun limau purut
2 sb kicap manis
2 sb sos tiram
5 sb sos cili
1 biji limau nipis
1 cawan air
1 sk garam
2 sb gula
- Tumiskan bahan yang diketuk + daun limau purut sehingga naik bau.
- Masukkan ayam + tomato, gaul rata dan dibiarkan seketika.
- Masukkan air + lobak merah dan tunggu hingga mendidih.
- Masukkan bunga kobis + capsicum + putik jagung dan gaul rata.
- Masukkan kicap manis + sos tiram + sos cili + garam + gula + jus limau nipis dan seimbangkan rasa.
- Boleh dinikmati bersama nasi putih atau nasi goreng.
- Boleh pelbagaikan sayuran yang lain mengikut citarasa.
- Jika lebih suka pedas, boleh tambahkan cili padi.
1/2 biji peria (dihiris dan direndam dengan air garam sebentar)
15 ekor udang (dibuang kulit)
3 biji cili padi (diketuk)
1 batang serai (diketuk)
2 cawan santan
3 biji bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci kunyit hidup (ditumbuk)
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
- Masukkan santan + cili padi + serai + bahan tumbuk + asam keping dan masak sehingga mendidih.
- Masukkan peria + garam dan tunggu mendidih sekali lagi
- Masukkan udang dan gaul rata sebentar sehingga udang bertukar warna.
- Boleh dihidangkan.
- Jika ingin lebih pedas, boleh tambahkan cili padi dan tumbuk sekali bersama bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup.
- Sekiranya warna kuning kurang menyerlah, boleh tambahkan serbuk kunyit.
2 ekor ikan (pilihan ikan masing-masing)
1 batang serai
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
3 biji cili padi
2 keping asam keping
6 biji bendi (dipotong dua)
1/2 batang lobak merah (dipotong bulat)
2 cawan air
Garam secukup rasa
- Serai + halia + bawang putih + cili padi + kunyit hidup diketuk sedikit dan bawang merah dihiris.
- Masukkan air + bahan yang diketuk + bawang merah + asam keping + lobak merah + garam ke dalam periuk dan biarkan mendidih.
- Masukkan bendi + ikan dan biarkan mendidih sekali lagi.
- Seimbangkan rasa dan boleh dihidangkan.
90 gm mentega
70 gm gula kastor
110 gm tepung gandum (diayak)
1 sk baking powder (diayak)
1 biji telur
50 ml susu segar
1 sk perasa pandan
Pewarna hijau secukupnya
Biji labu secukupnya
Acuan muffin saiz sederhana
- Panaskan oven pada suhu 180 celcius.
- Pukul mentega + gula kastor sehingga gebu.
- Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
- Masukkan tepung + baking powder + susu segar secara selang-seli dan gaul rata.
- Masukkan perasa pandan + pewarna hijau dan gaul sebati.
- Masukkan adunan 3/4 daripada acuan muffin dan taburkan biji labu sebagai hiasan.
- Bakar selama 30 minit atau sehingga masak sempurna.