Friday, 31 December 2010

Sup Cendawan



1 sb marjerin
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
3 biji bawang putih (hiris)
1 mangkuk cendawan butang (hiris)
1/2 biji kentang (potong dadu)
1/2 sb serbuk lada hitam
4 cawan air
1 kiub ayam
1 sk garam
1/3 cawan susu segar
1 batang daun sup

  • Didihkan air + kiub ayam dan ketepikan.
  • Cairkan marjerin dan tumis bawang besar + bawang putih sehingga agak kekuningan.
  • Masukkan kentang dan gaul rata seketika.
  • Masukkan air rebusan tadi dan tunggu sehingga kentang empuk.
  • Masukkan cendawan butang + daun sup dan kacau seketika.
  • Kisar sup ini sehingga hancur.
  • Masak kembali sup ini dengan memaukkan susu segar + serbuk lada hitam + garam.
  • Biarkan sehingga mendidih.



NOTA:
  • Jika menggemari cendawan yang kurang hancur, asingkan dahulu cendawan butang sebelum dikisar. Setelah sup dikisar lumat, baru masukkan cendawan butang dan dikisar sebentar sahaja.
  • Sup ini amat sesuai di makan bersama roti, biskut atau di makan begitu sahaja.







Sunday, 19 December 2010

Brokoli Campur Cendawan Hitam Masak Air




Sepohon brokoli
15 keping cendawan hitam kering (direndam sehingga kembang)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit ikan bilis
Sedikit so'on (direndam sehingga lembut)
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Sedikit minyak masak
  • Tumiskan bawang besar + bawang putih + ikan bilis sehingga agak garing.
  • Masukkan air.
  • Masukkan cendawan hitam + so'on + garam dan tunggu sehingga air mendidih.
  • Masukkan brokoli dan biarkan sebentar.







INFO:

  • Cendawan hitam turut dikenali sebagai cendawan telinga kera dan dipercayai mampu merawat gangguan kardiovaskular.
  • Selain itu cendawan hitam juga merupakan agen antioksidan dan boleh mengawal berat badan.




Saturday, 18 December 2010

Akhirnya Kembali...


Alhmdulillah, inilah entri pertama setelah kembali ke Malaysia. Kepada mereka yang ternanti-nanti mohon maaf dihulurkan. Terdapat beberapa kengkangan yang membataskan diri untuk terus berkongsi kisah dan resepi.

Inilah dapurku sekarang. Comel kan? Walaupun yang ada hanyalah benda-benda asas, namun diriku tetap bahagia. Hehe... Syukur, Allah masih memberi kekuatan dan masa walaupun singkat untuk memasak.

Semoga Allah memudahkan perjalananku dalam menghadapi situasi berjauhan ini. Niat memasak untuk insan tersayang tetap menjadi agenda utama walaupun kembali sibuk di pentas pendidikan demi mendidik anak bangsa.

Nantikan entri seterus...







Wednesday, 13 October 2010

Nasi Minyak




2 cawan beras
3 cawan air
3 biji bawang merah (hiris)
2 inci halia (hiris)
3 biji bawang putih (hiris)
1/2 cawan susu segar
1 sk garam
2 sb minyak sapi
Rempah tumis
Pewarna kuning
Daun pandan
  • Didihkan air.
  • Basuh beras dan rendam 10 minit.
  • Toskan beras.
  • Panaskan minyak sapi dan tumis rempah tumis + bawang merah + bawang putih + halia sehingga naik bau.
  • Campurkan bahan tumis ke dalam air mendidih.
  • Masukkan beras + garam + daun pandan dan gaul rata.
  • Apabila nasi agak kering, masukkan susu segar + pewarna kuning dan gaul.
  • Tunggu sehingga nasi betul-betul masak.





Nota:
  • Sesuai dimakan dengan ayam masak merah atau kurma ayam atau kari ayam dan ditambah dengan jelatah atau pajeri nenas.






Monday, 4 October 2010

Kebab




3 keping daging burger
3 sb cili kisar
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
1 sb tomato puri

2 sb sos cili
1/2 batang timun (hiris memanjang)
3 sb gula
1 sk garam
  • Daging burger dibakar sehingga masak dan dihiris nipis-nipis.
  • Tumiskan bawang besar + tomato sehingga agak layu.
  • Masukkan cili kisar + tomato puri dan biarkan agak garing.
  • Masukkan sos cili + gula + garam dan seimbangkan rasanya.
  • Masukkan timun + daging hiris dan gaul rata.



Nota:
  • Amat sesuai dimakan bersama roti biasa, roti pita, spageti atau dimakan begitu sahaja.





Wednesday, 29 September 2010

Donat Bersira Sambal



1 bungkus mauripan
1 kg tepung gandum
1 cawan air
1 cawan marjerin
3 sb gula
2 biji telur
1 sk garam
1/2 sk bikarbonat
1/2 sk baking powder
Minyak masak
Sambal ikan bilis
  • Rendam mauripan + air sehingga berbuih.
  • Campurkan semua bahan dan uli sehingga doh tidak melekat dan lembut.
  • Bentukkan doh menjadi donat atau mengikut kesukaan masing-masing.
  • Biarkan donat mengembang dua kali ganda atau selama 2 jam.
  • Gorengkan donat.
  • Sira donat dengan sambal ikan bilis.



Monday, 20 September 2010

Perubahan 'Mood' Dapur


Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa blog ini tampak sepi dan kurang serinya. Tanggal 11 November, satu lembaran baru perlu diterokai. BERPINDAH!. Secara tidak langsung dapur juga turut berubah. Walaupun dapur lama agak kecil tetapi ia menyimpan terlalu banyak kenangan. Di sinilah ku mula mengenali dapur elektrik dan semakin aktif mencuba pelbagai resepi.



Inilah ruang dapurku yang baru dan dikongsi dengan 4 penghuni bilik yang lain. Tampak sempurna, namun pergerakan agak terbatas. Adakah ini penyebab utama mengapa tiada lagi resepi yang ingin dikongsi? Insya-Allah ia tidak akan berlaku. Niat untuk sama-sama berkongsi dengan yang yang lain tetap membara. Nantikan perkongsian seterusnya...