Friday, 9 March 2012

Roti Gulung Sosej



4 keping roti putih
4 batang sosej (mengikut citarasa masing-masing)
3 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
1 sk garam
Air secukupnya
Serbuk roti secukupnya
Minyak masak

  • Kukus roti sebentar.
  • Roti dinipiskan sedikit dengan menggunakan penggelek agar mudah untuk digulung.
  • Kukus sosej sebentar.
  • Letakkan sosej di atas roti dan gulungkan perlahan-lahan. Ketepikan.
  • Campurkan tepung gandum + tepung beras + garam.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan agak cair.
  • Ambil roti gulung tadi dan celupkan ke dalam adunan tepung.
  • Golekkan atas serbuk roti sehingga menutupi semua bahagian roti.
  • Goreng sehingga berwarna kuning keperangan.
  • Boleh dinikmati bersama sos cili dan mayonis.








Wednesday, 29 February 2012

Carbonara Pedas



1/4 peket pasta (apa-apa jenis pasta boleh guna)
1 tin prego carbonara
2 cawan air
3 keping isi ayam (dicincang)
5 biji cendawan butang (dihiris nipis)
1/2 batang lobak (dipotong dadu)
1/3 pokok brokoli (dipotong kecil)
2 sb serbuk cili
1 sb serbuk lada hitam
1 sk garam (sekiranya perlu)
Sedikit mixed herb
Sedikit minyak zaitun
Air untuk merebus pasta

  • Didihkan air + sedikit minyak zaitun dan rebus pasta sehingga empuk.
  • Tuangkan prego carbonara ke dalam periuk dan tambahkan air.
  • Masukkan isi ayam + lobak dan kacau sehingga sebati.
  • Biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan serbuk cili + serbuk lada hitam + mixed herb + garam + cendawan butang + brokoli dan kacau sehingga sebati.
  • Tunggu mendidih dan boleh dihidangkan bersama pasta yang telah direbus tadi.






Tuesday, 27 December 2011

Lai Chi Kang



4 biji kembang semangkuk
1/2 cawan longan kering
1/2 cawan cincau (dicincang halus)
1 sb kismis hitam
1 buku gula melaka (saiz sederhana)
1/2 cawan kacang tanah (dibakar sebentar)
1 sb barli (direbus sehingga empuk)

  • Kembang semangkuk direndam dengan air panas sehingga kembang.
  • Rebus gula melaka + longan kering sehingga gula melaka larut dan longan lembut.
  • Dalam satu bekas, campurkan kesemua bahan dan sedia dihidangkan.
  • Boleh ditambah dengan pelbagai bahan lain mengikut citarasa masing-masing seperti gula kundur dan kurma cina kering.






Monday, 19 December 2011

Hadiah Istimewa...

Alhamdulillah... Akhirnya projek kain felt berjaya dilaksanakan walaupun baru kali pertama buat. Teruja dan gembira sangat-sangat. Yang paling utama, insan yang menerimanya pun menzahirkan perkara yang sama. Hehe...



Niat asalnya hendak buat sarung telefon guna cross stitch, tetapi lain pula jadinya. Walau apa pun, syukur pada Allah di atas ilham yang diberikan. Tanpa keizinan-Nya, projek ini tidak akan berjaya. Semoga minat baru ini mampu diteruskan untuk menghasilkan projek-projek yang lain pula...Insya-Allah...


Bahagian hadapan sarung telefon



Bahagian belakang sarung telefon

Kek Keju Berlapis


1 bungkus biskut marie
300 ml susu segar (dipanaskan seketika)

500 gm cream cheese
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

  • Pukul cream cheese + gula halus sehingga kembang.
  • Masukkan susu segar dan dipukul rata.
  • Sediakan loyang.
  • Celup biskut marie ke dalam susu segar suam dan susun di atas loyang untuk lapisan pertama.
  • Lapiskan dengan adunan keju tadi.
  • Ulang kembali lapisan biskut marie dan adunan keju sehingga habis.
  • Taburkan lebihan biskut marie yang telah dihancurkan di bahagian atas kek.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk selama 6 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.








Roti Pita Ayam


Sekeping roti pita (dipotong tengah)
1 kepingan dada ayam (dibelah nipis memanjang)

BAHAN PERAPAN:
2 sb sos worcestershire
1 sk garam
1 sk serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)

UNTUK MENGGORENG:
Minyak masak
1 biji telur (dipukul)
Tepung gandum secukupnya

HIASAN:
Daun salad
Tomato
Sos cili
Mayonis

  • Campurkan semua bahan perapan + ayam dan biarkan selama 30 minit.
  • Celupkan ayam ke dalam telur dan golekkan di atas tepung gandum.
  • Goreng sehingga ayam masak atau berwarna kekuningan.
  • Susun daun salad + tomato + sos cili + mayonis pada bahagian dalam roti pita.
  • Letakkan ayam di tengah-tengah dan di tambah dengan sos cili atau mayonis mengikut citarasa masing-masing.








Monday, 12 December 2011

Nasi Serai dan Daging Lada Hitam



Resepi nasi serai klik di sini



Boleh dihidangkan dengan lauk ayam masak kurma + daging lada hitam + jelatah.



DAGING LADA HITAM

300 gm daging (direbus dan dihiris nipis)
1 sb biji lada hitam (ditumbuk halus)
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 biji lada benggala (dihiris)
Sedikit gula
Sedikit minyak masak

  • Tumiskan lada hitam sehingga naik bau.
  • Masukkan kicap manis + sos tiram + gula dan seimbangkan rasa.
  • Masukkan daging dan biarkan seketika.
  • Masukkan lada benggala dan kacau.
  • Boleh dihidangkan.