Terlalu banyak laluan telah kutempuhi, aku tenang menyusuri jalan yang lurus, ada ketika bungkam melalui episod berliku, kadangkala lelah mendaki bukit yang tinggi, sesekali terpaksa berenang dengan penuh kepayahan menuju ketepian,
Di sisi yang lain, langkahku turut berirama, kadangkala langkahku begitu pantas, kerana yakin dengan laluan yang kulalui, kadangkala langkahku terlalu perlahan, mungkin kurasakan terlalu sukar untuk menempuhnya, kadangkala langkahku terhenti, apabila tiba di persimpangan, kadangkala kurasakan langkahku pincang adakah dek kerana dosa yang dilakukan?
Ya Allah, mudahkan perjalanan dan langkahku di dunia dan akhirat, sesungguhnya tiada lain yang kupinta, hanyalah mendambakan, keredhaanMu Ya Rahman Ya Rahim....
1 bungkus mee kuning (resepi asal gunakan mee sanggul @ yee mee) 2 inci halia (hiris) 2 ulas bawang putih (diketuk) 1 mangkuk cendawan shitake (hiris) 1 cawan isi ayam 10 tangkai cili kering (potong dua) 1 sk serbuk lada hitam 1 sk garam 2 sb sos tiram 2 sb kicap manis 1 sb tepung jagung + sedikit air Air secukupnya Minyak masak
Tumiskan bawang putih + halia + cili kering sehingga naik bau.
Masukkan ayam + air dan tunggu sehingga agak empuk.
Masukkan sos tiram + kicap + serbuk lada hitam + garam dan gaul rata.
Masukkan cendawan shitake + larutan tepung jagung dan tunggu sehingga kuah agak pekat.
Masukkan mee ke dalam mangkuk hidangan dan curahkan kuah.