Monday, 23 May 2011

Bendi Goreng Sos Tiram



15 biji bendi (dihiris dua)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih
2 biji lada merah (dihiris)
Sedikit ikan bilis
3 sb sos tiram
2 sb kicap manis
1 sk asam jawa
Sedikit air
Minyak masak

  • Tumis bawang besar + bawang putih + lada merah + ikan bilis sehingga agak garing.
  • Masukkan sos tiram + kicap manis + sedikit air dan biarkan seketika.
  • Masukkan bendi + asam jawa dan kacau rata.
  • Seimbangkan rasa.




Telur Dadar Mayonis



2 biji telur
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji cili padi (dihiris)
1/2 sk garam
2 sb mayonis
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit minyak masak

  • Pukul telur sehingga agak kembang.
  • Masukkan bawang besar + cili padi + garam + mayonis + serbuk lada hitam dan kacau rata.
  • Panaskan minyak dan goreng telur sehingga agak kekuningan.





Wednesday, 11 May 2011

Apam Gula Hangus



1 cawan gula
1 cawan air

3/4 cawan gula
3/4 tepung gandum
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 sk bikarbonat
Sedikit garam

  • Hanguskan gula. Kemudian masukkan air dan tunggu sehingga larut. Biarkan agak sejuk.
  • Didihkan air pengukus.
  • Pukul gula + telur sehingga kembang.
  • Campurkan tepung + bikarbonat + garam.
  • Masukkan gula hangus + telur yang dipukul tadi + minyak masak dan gaul rata.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang dan dikukus lebih kurang 45 minit.



NOTA:
  • Sekiranya menggunakan acuan yang kecil, masa untuk mengukus hanya 15 minit sahaja. Ia bergantung kepada saiz acuan yang digunakan.
  • Kuih ini boleh juga dimakan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.

Udang Masak Hitam



20 ekor udang (saiz sederhana)
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam
4 biji cili padi (cincang halus)
1/2 biji bawang besar (cincang halus)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
1 inci halia (cincang halus)
3 sb sos tiram
2 sb kicap manis
Sedikit minyak masak
  • Udang dibersihkan dan digaul dengan serbuk kunyit + garam sehingga rata.
  • Gorengkan sebentar udang sehingga agak masak dan diketepikan dahulu.
  • Dengan minyak gorengan udang tadi, tumiskan bawang besar + bawang putih + cili padi + halia sehingga agak layu.
  • Masukkan sos tiram + kicap manis dan kacau sebentar.
  • Masukkan udang tadi dan seimbangkan rasanya.




Monday, 21 March 2011

Koktail Buah Campuran



1 tin susu cair
1 tin buah-buahan campuran
1 tin kiub nenas
1 tin laici
1 bungkus jeli
Ais secukupnya

  • Campurkan semua bahan dan digaul rata.
  • Boleh ditambah dengan buah-buahan dalam tin yang lain, bergantung pada citarasa masing-masing.







Ikan Sambal Cili Api





1 ekor ikan
1 sk garam
1 sk serbuk kunyit

8 biji cili api (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci belacan (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
1biji tomato (belah 4)
1 sk garam
2 sk air asam jawa
Sedikit minyak masak
  • Lumur garam + serbuk kunyit pada ikan dan dibakar sehingga masak.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar.
  • Apabila telah layu, masukkan bahan tumbuk dan tunggu sehingga agak garing.
  • Masukkan air asam + garam + tomato dan seimbangkan rasa.
  • Tuangkan sambal di atas ikan yang dibakar tadi.


Saturday, 22 January 2011

Hadiah Cross Stitch


Dicelah-celah kesibukan yang melanda, Alhamdulillah diberi sedikit kesempatan untuk menyiapkan satu tugasan cross stitch sebagai hadiah kepada rakan berbangsa Cina. Semoga hadiah yang tidak seberapa ini mampu membuatkan dia gembira.



Ini salah satu daripada idea yang boleh diaplikasikan sekiranya telah mula bosan untuk memikirkan apakah hadiah yang hendak diberikan kepada seseorang. Cuma memerlukan sedikit kreativiti untuk mengolah agar cross stitch tampak menarik dan cantik.