Wednesday 25 May 2011

Puding Roti Lemak Manis




1 bungkus serbuk agar-agar
600 ml air
2 sb gula
2 biji telur
1 tin susu cair (400 ml)
4 sb susu pekat
3 keping roti
1 sk esen vanila
Sedikit pewarna (ikut kesukaan)

  • Masak serbuk agar-agar + gula bersama air sehingga larut.
  • Campur telur + susu cair + susu pekat + roti + telur dan kisar sehingga sebati.
  • Tuangkan campuran ke dalam agar-agar dan gaul rata.
  • Masukkan esen vanila dan kacau kembali.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu tanpa warna dan satu lagi ditambah dengan pewarna.
  • Tuang adunan ke dalam loyang secara selang seli sehingga habis.
  • Untuk membuat corak, gunakan pisau dan lalukan pisau dari tengah ke tepi loyang.
  • Biarkan agak sejuk dan kemudian masukkan ke dalam peti ais.






Nota:
  • Boleh juga sekiranya adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian dan ditambah dengan pelbagai warna untuk kelihatan lebih menarik dan menyelerakan.
  • Jika kurang manis, boleh tambah lagi 1 sb gula dan 1 sb susu pekat.


No comments:

Post a Comment