Monday, 13 June 2011

Murtabak Maggi

Ketika mula-mula mendadar murtabak maggi



Murtabak yang telah diterbalikkan



1 peket Maggi perisa kari
2 biji telur
1 genggam sayuran campur
2 batang sosej (hiris nipis)
Sedikit minyak masak

  • Asingkan mee Maggi dan serbuk perencah kari.
  • Celur mee Maggi sehingga empuk dan ditoskan.
  • Pukul telur sehingga sebati.
  • Masukkan sayuran campur + sosej + serbuk perencah kari dan gaul rata.
  • Masukkan mee yang telah dicelur dan gaul rata.
  • Dadarkan mee dengan sedikit minyak dan tunggu sehingga bahagian bawahnya garing sedikit.
  • Terbalikkan mee dan biarkan masak.


Murtabak yang telah siap dibuat


Thursday, 9 June 2011

Kek Oren n Butter Icing

Gambar sebelum dihias dengan icing.


1 biji buah oren
1 cawan minyak masak
1 - 1 1/2 cawan gula
3 biji telur
2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu besar baking powder (ayak)

  • Basuh buah oren dan buang biji serta urat tengah. Potong kecil-kecil bersama-sama kulitnya.
  • Campur buah oren + minyak masak + gula + telur dan kisar sehingga hancur.
  • Campurkan adunan kisar dengan tepung gandum + baking powder sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik kertas minyak dan disapu sedikit marjerin.
  • Bakar selama 1 jam atau sehingga masak pada suhu 170 ⁰C.


Percubaan pertama untuk menghias kek.





1/2 cawan shortening atau lemak sayuran
1/2 cawan butter
1 sk esen vanila
1 1/2 cawan gula icing
2 sb susu segar

  • Pukul shortening sehingga kembang
  • Masukkan butter dan pukul lagi sehingga kembang dan agak putih.
  • Masukkan esen vanila.
  • Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga gebu.
  • Masukkan susu segar dan pukul lagi sehingga gebu.
  • Hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing.
  • Boleh juga ditambah dengan pewarna mengikut citarasa dan tema hiasan kek.


Monday, 6 June 2011

Sedikit Perkongsian...



Alhamdulillah dengan izin-Nya, satu aktiviti memasak dalam kelompok yang kecil telah diadakan pada 20 Mei 2011 melibatkan 3 orang rakan sepejabat. Menu yang telah dipilih adalah merupakan masakan barat iaitu chicken chop, wedges dan mashed potato.

Tiada yang lebih bermakna dari perkongsian ini. Ilmu yang diperolehi ini telah dicuba di rumah sendiri. Berdasarkan laporan yang diperolehi, ramai yang memuji hasil masakan mereka khususnya daripada ahli keluarga masing-masing.


Teruskan minat kalian untuk mencuba pelbagai resepi dan selamat meneroka alam memasak yang penuh dengan kasih sayang dan keceriaan.



Hasil masakan sebelum disantap



Ketika membuat mashed potato



Aktiviti menggoreng wedges



Wedges yang telah siap digoreng


Perap ayam untuk membuat chicken chop



Puding Milo



1 peket serbuk agar-agar
600 ml air
1/2 cawan susu pekat
400 ml air masak
6 sb milo

  • Didihkan serbuk agar-agar + air.
  • Bancuh air masak + susu pekat + milo sehingga sebati.
  • Masukkan bancuhan milo dan biarkan mendidih.
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan sejuk sedikit.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan keras.







Thursday, 2 June 2011

Nasi Serai


2 cawan beras basmathi
2 cawan air
1 biji bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
5 batang serai (diketuk)
1 sb marjerin
Rempah 4 sekawan
2 sk serbuk kurma
Garam secukupnya

  • Basuh dan rendamkan beras selama 30 minit. Kemudian toskan.
  • Panaskan marjerin dan tumis 4 sekawan + bawang besar + bawang putih + halia + serai sehingga naik bau.
  • Masukkan serbuk kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air dan digaul rata.
  • Masukkan beras dan gaul rata.
  • Masukkan air + garam.
  • Biarkan nasi masak di dalam rice cooker.


NOTA:
  • Nasi serai boleh dihidangkan dengan ayam masak merah, daging kurma, jelatah, kerabu mangga atau lain-lain lauk yang bersesuaian.
  • Untuk lebih menarik, boleh taburkan bawang goreng dan daun sup yang telah dihiris halus semasa menghidang.

Kerabu Mangga



2 biji mangga muda
4 biji bawang merah (cincang)
6 biji cili padi (cincang)
Segenggam udang kering (goreng dan ditumbuk halus)
1 batang serai (goreng dan ditumbuk halus)
1 inci halia (goreng dan ditumbuk halus)
Sedikit lengkuas (goreng dan ditumbuk halus)
2 biji limau nipis
2 sb gula
Sedikit garam

  • Mangga dikupas dan direndam sebentar di dalam air garam. Kemudian dicincang atau disagat.
  • Campurkan bawang merah + cili padi + garam + gula dan digaul rata.
  • Masukkan semua bahan tumbuk + air perahan limau dan digaul.
  • Masukkan mangga dan seimbangkan rasanya.





Monday, 30 May 2011

Daging Masak Kurma



250 gm daging
2 sb minyak sapi
Rempah tumis 4 sekawan
1 sk jintan manis
1/2 sk jintan putih
5 biji bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
5 sb rempah kurma
2 biji kentang (belah empat)
2 biji lada hijau (belah dua)
Air secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit gula

  • Panaskan minyak sapi dan tumis rempah tumis + jintan manis + jintan putih + bahan tumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan rempah kurma yang telah dicampur sedikit dengan air dan gaul rata.
  • Masukkan kentang + daging dan gaul sebati.
  • Masukkan air secukupnya dan biarkan kentang dan daging empuk.
  • Masukkan garam + gula + lada hijau dan seimbangkan rasanya.
  • Biarkan sebentar dan tutup api.