Sunday, 25 March 2012

Program HAWA Bulan Mac




Pada 23 Mac yang lalu, satu program Memasak Tanpa Api telah berjaya dilaksanakan. Program ini adalah salah satu aktiviti yang telah dirancang oleh Biro Kebajikan & Hal Ehwal Wanita (HAWA) di bawah kendalian Kelab Rekreasi & Kebajikan Staf JKE.


Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah atas nikmat dan peluang yang diberikan. Terima kasih juga kepada mereka-mereka yang terlibat khususnya peserta yang mengambil bahagian. Tanpa sokongan kalian, program ini tidak akan berjalan. Semoga segala pengalaman dan perkongsian ini akan membawa kebaikan kita bersama. Insya-Allah... Mohon maaf atas segala kekurangan.

Menu yang disediakan adalah sandwich telur, puding laici, rojak buah dan air roselle bandung. Berikut adalah hasil 'air tangan' para peserta yang terlibat. Menarik dan kreatif kan...












Kita bertemu di program HAWA bulan April. Tunggu...

Friday, 16 March 2012

Puding Cendol


1 bungkus serbuk agar-agar (11g)
500 ml
4 sb gula
400 ml susu cair
1 cawan cendol
1/2 cawan gula melaka

  • Didihkan air + serbuk agar-agar + gula dan ditapis.
  • Bahagikan kepada 3 bahagian.
  • 1 bahagian dipanaskan kembali dan dicampur dengan gula melaka. Biarkan memdidih dan ditapis.
  • Tuang ke dalam acuan dan biarkan agak keras.
  • 2 bahagian dipanaskan dan dicampur dengan susu cair + cendol. Biarkan mendidih.
  • Tuang ke dalam acuan gula melaka tadi dan biarkan mengeras.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk untuk lebih sedap ketika menikmatinya.






Friday, 9 March 2012

Roti Gulung Sosej



4 keping roti putih
4 batang sosej (mengikut citarasa masing-masing)
3 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
1 sk garam
Air secukupnya
Serbuk roti secukupnya
Minyak masak

  • Kukus roti sebentar.
  • Roti dinipiskan sedikit dengan menggunakan penggelek agar mudah untuk digulung.
  • Kukus sosej sebentar.
  • Letakkan sosej di atas roti dan gulungkan perlahan-lahan. Ketepikan.
  • Campurkan tepung gandum + tepung beras + garam.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan agak cair.
  • Ambil roti gulung tadi dan celupkan ke dalam adunan tepung.
  • Golekkan atas serbuk roti sehingga menutupi semua bahagian roti.
  • Goreng sehingga berwarna kuning keperangan.
  • Boleh dinikmati bersama sos cili dan mayonis.








Wednesday, 29 February 2012

Carbonara Pedas



1/4 peket pasta (apa-apa jenis pasta boleh guna)
1 tin prego carbonara
2 cawan air
3 keping isi ayam (dicincang)
5 biji cendawan butang (dihiris nipis)
1/2 batang lobak (dipotong dadu)
1/3 pokok brokoli (dipotong kecil)
2 sb serbuk cili
1 sb serbuk lada hitam
1 sk garam (sekiranya perlu)
Sedikit mixed herb
Sedikit minyak zaitun
Air untuk merebus pasta

  • Didihkan air + sedikit minyak zaitun dan rebus pasta sehingga empuk.
  • Tuangkan prego carbonara ke dalam periuk dan tambahkan air.
  • Masukkan isi ayam + lobak dan kacau sehingga sebati.
  • Biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan serbuk cili + serbuk lada hitam + mixed herb + garam + cendawan butang + brokoli dan kacau sehingga sebati.
  • Tunggu mendidih dan boleh dihidangkan bersama pasta yang telah direbus tadi.






Tuesday, 27 December 2011

Lai Chi Kang



4 biji kembang semangkuk
1/2 cawan longan kering
1/2 cawan cincau (dicincang halus)
1 sb kismis hitam
1 buku gula melaka (saiz sederhana)
1/2 cawan kacang tanah (dibakar sebentar)
1 sb barli (direbus sehingga empuk)

  • Kembang semangkuk direndam dengan air panas sehingga kembang.
  • Rebus gula melaka + longan kering sehingga gula melaka larut dan longan lembut.
  • Dalam satu bekas, campurkan kesemua bahan dan sedia dihidangkan.
  • Boleh ditambah dengan pelbagai bahan lain mengikut citarasa masing-masing seperti gula kundur dan kurma cina kering.






Monday, 19 December 2011

Hadiah Istimewa...

Alhamdulillah... Akhirnya projek kain felt berjaya dilaksanakan walaupun baru kali pertama buat. Teruja dan gembira sangat-sangat. Yang paling utama, insan yang menerimanya pun menzahirkan perkara yang sama. Hehe...



Niat asalnya hendak buat sarung telefon guna cross stitch, tetapi lain pula jadinya. Walau apa pun, syukur pada Allah di atas ilham yang diberikan. Tanpa keizinan-Nya, projek ini tidak akan berjaya. Semoga minat baru ini mampu diteruskan untuk menghasilkan projek-projek yang lain pula...Insya-Allah...


Bahagian hadapan sarung telefon



Bahagian belakang sarung telefon

Kek Keju Berlapis


1 bungkus biskut marie
300 ml susu segar (dipanaskan seketika)

500 gm cream cheese
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

  • Pukul cream cheese + gula halus sehingga kembang.
  • Masukkan susu segar dan dipukul rata.
  • Sediakan loyang.
  • Celup biskut marie ke dalam susu segar suam dan susun di atas loyang untuk lapisan pertama.
  • Lapiskan dengan adunan keju tadi.
  • Ulang kembali lapisan biskut marie dan adunan keju sehingga habis.
  • Taburkan lebihan biskut marie yang telah dihancurkan di bahagian atas kek.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk selama 6 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.