Monday, 4 June 2012

Puff Sardin






pastri puff secukupnya
1 tin kecil sardin (asingkan kuahnya dan dilecek)
2 biji cili padi (dihiris halus)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji telur (dipukul sedikit)




  • Nyahbekukan pastri puff sehingga lembut.
  • Campurkan sardin + cili padi + bawang besar dan digaul sebati.
  • Letakkan inti di tengah-tengah pastri dan dilipat mengikut kreativiti.
  • Bahagian tepi pastri ditekan dengan menggunakan garfu.
  • Sapukan telur di bahagian atas pastri.
  • Bakar selama 20 minit atau sehingga kekuningan.





Kek Pelangi Pelbagai Perisa



430 gram tepung gandum
4 sk baking powder
1/2 sk garam
250 g mentega
280 g gula kastor
375 g susu segar
5 biji putih telur
Pewarna merah + perisa strawberi
Pewarna ungu + perisa blueberi
Pewarna kuning + perisa lemon
Pewarna coklat + coklat emulco
Pewarna biru + perisa keladi
Pewarna hijau + perisa pandan
Whipped cream secukupnya

  • Ayak tepung gandum + baking powder + garam dan ketepikan.
  • Pukul mentega + gula kastor sehingga gebu.
  • Masukkan putih telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga gebu.
  • Masukkan campuran tepung + susu segar secara selang-seli dan dipukul sehingga sebati.
  • Bahagikan adunan kepada 6 bahagian (setiap satu lebih kurang 260 gram) dicampurkan mengikut pewarna dan perisa yang digemari setiap satu bahagian.
  • Bakar setiap satu adunan selama 15 minit pada suhu 170 dan disejukkan.
  • Putar whipped cream sehingga kental.
  • Sapu krim pada setiap lapisan dan hias mengikut kreativiti.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk dan keluarkan jika telah tiba masa untuk dihidang.




Edible image di atas ditempah di Nurul Edible Image. Jika berminat, klik di sini.



Resepi asal diambil di sini dan diolah sedikit sekadar eksperimentasi.




Sunday, 6 May 2012

Kuih Cara Berlauk


Bahan tepung:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
1 biji telur
1 sk garam
Sedikit pewarna kuning


Bahan inti:
1 cawan daging kisar
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 sb rempah kari daging
1 sb serbuk lada
1 sk garam
Sedikit air


Bahan hiasan:
1 tangkai daun sup (dihiris halus)
2 biji cili merah (dihiris nipis)



  • Buatkan inti dahulu. Tumis bawang besar sehingga layu.
  • Masukkan sedikit air + rempah kari + serbuk lada dan digaul sebati.
  • Masukkan daging cincang + garam dan seimbangkan rasa. Biarkan inti agak kering dan matikan api.
  • Untuk bahagian tepung, campurkan semua bahan dan dikisar sehingga sebati.
  • Tuangkan sedikit minyak pada acuan kuih cara dan panaskan di dalam oven sebentar.
  • Tuangkan adunan tepung lebih kurang 3/4 bahagian acuan.
  • Masukkan sedikit inti dan ditabur dengan hirisan daun sup dan sehiris cili merah.
  • Bakar lagi dalam tempoh 15 minit dengan keadaan api bawah sahaja.






Sunday, 8 April 2012

Kuih Bakar



1 cawan gula
1 cawan air
1 sk esen pandan
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan
1 sb mentega
3 biji telur
1/2 sk garam
Pewarna hijau secukupnya
Bijan secukupnya
Sedikit minyak masak untuk disapukan pada loyang

  • Kisar semua bahan sehingga sebati.
  • Sapukan sedikit minyak pada loyang dan masukkan oven sebentar.
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan.
  • Bakar sehingga masak.






Sunday, 25 March 2012

Program HAWA Bulan Mac




Pada 23 Mac yang lalu, satu program Memasak Tanpa Api telah berjaya dilaksanakan. Program ini adalah salah satu aktiviti yang telah dirancang oleh Biro Kebajikan & Hal Ehwal Wanita (HAWA) di bawah kendalian Kelab Rekreasi & Kebajikan Staf JKE.


Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah atas nikmat dan peluang yang diberikan. Terima kasih juga kepada mereka-mereka yang terlibat khususnya peserta yang mengambil bahagian. Tanpa sokongan kalian, program ini tidak akan berjalan. Semoga segala pengalaman dan perkongsian ini akan membawa kebaikan kita bersama. Insya-Allah... Mohon maaf atas segala kekurangan.

Menu yang disediakan adalah sandwich telur, puding laici, rojak buah dan air roselle bandung. Berikut adalah hasil 'air tangan' para peserta yang terlibat. Menarik dan kreatif kan...












Kita bertemu di program HAWA bulan April. Tunggu...

Friday, 16 March 2012

Puding Cendol


1 bungkus serbuk agar-agar (11g)
500 ml
4 sb gula
400 ml susu cair
1 cawan cendol
1/2 cawan gula melaka

  • Didihkan air + serbuk agar-agar + gula dan ditapis.
  • Bahagikan kepada 3 bahagian.
  • 1 bahagian dipanaskan kembali dan dicampur dengan gula melaka. Biarkan memdidih dan ditapis.
  • Tuang ke dalam acuan dan biarkan agak keras.
  • 2 bahagian dipanaskan dan dicampur dengan susu cair + cendol. Biarkan mendidih.
  • Tuang ke dalam acuan gula melaka tadi dan biarkan mengeras.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk untuk lebih sedap ketika menikmatinya.






Friday, 9 March 2012

Roti Gulung Sosej



4 keping roti putih
4 batang sosej (mengikut citarasa masing-masing)
3 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
1 sk garam
Air secukupnya
Serbuk roti secukupnya
Minyak masak

  • Kukus roti sebentar.
  • Roti dinipiskan sedikit dengan menggunakan penggelek agar mudah untuk digulung.
  • Kukus sosej sebentar.
  • Letakkan sosej di atas roti dan gulungkan perlahan-lahan. Ketepikan.
  • Campurkan tepung gandum + tepung beras + garam.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan agak cair.
  • Ambil roti gulung tadi dan celupkan ke dalam adunan tepung.
  • Golekkan atas serbuk roti sehingga menutupi semua bahagian roti.
  • Goreng sehingga berwarna kuning keperangan.
  • Boleh dinikmati bersama sos cili dan mayonis.