8 keping roti (dipotong ikut suka)
500 ml susu segar
1 biji telur
3 sb gula
2 sb tepung kastard
1 sk esen vanila
1/2 sk garam
Sedikit kepingan badam
Sedikit coklat urai
- Campurkan susu segar + telur + gula + tepung kastard + esen vanila + garam dan dipukul sehingga sebati.
- Susun roti di dalam bekas pembakar dan curahkan adunan susu tadi.
- Biarkan selama 20 minit.
- Taburkan kepingan badam + coklat urai sebelum dibakar.
- Bakar adunan pada suhu 180 celcius selama 30 minit dengan api atas bawah atau sehingga keperangan.
- Lebih enak jika dinikmati bersama sos kastard.