Tuesday, 5 February 2013

Sup Bebola Daging



Bebola daging:
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah (diracik halus)
2 ulas bawang putih (diracik halus)
1/2 biji telur
1 sk tepung jagung
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit garam


  • Gaul semua bahan dan bentukkan adunan bulat-bulat kecil.
  • Masukkan ke dalam air mendidih.
  • Angkat bebola apabila telah timbul.

Sup:
5 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
1 sup bunjut
2 sk serbuk lada putih
2 sk garam
2 sb rempah sup
2 biji telur
1 batang lobak (dipotong bulat)
Air secukupnya
Daun sup secukupnya

  • Tumis bawang merah sehingga agak garing.
  • Masukkan bahan yang ditumbuk dan gaul sehingga garing.
  • Masukkan air + lobak + sup bunjut + serbuk lada putih dan biarkan sehingga memdidih.
  • Masukkan bebola daging + garam + rempah sup + telur dan tunggu sehingga mendidih kembali.
  • Tutup api dan taburkan daun sup ketika menghidang.




Nota:

  • Boleh dinikmati bersama nasi putih, aneka mee atau pasta.
  • Lebih enak jika ditambah dengan sambal kicap atau jeruk cili.




No comments:

Post a Comment