Ikan bakar
1 ekor ikan (mengikut pilihan masing-masing)
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam
- Sapu dan ratakan serbuk kunyit + garam pada keseluruhan ikan dan biarkan selama 20 minit.
- Bakar ikan hingga masak pada suhu 180 celcius dengan api atas bawah.
Air asam kicap
5 biji cili padi (hiris nipis)
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
5 sb kicap manis
2 sk gula
1/2 biji limau nipis
- Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
- Sekiranya ada kekurangan, bolehlah ditambah mengikut citarasa masing-masing.
bakar gitu je ke lia? xyah guna aluminium foil ke?
ReplyDeletexyah guna foil...sbb dah setting api atas bawah...cm ikan akn kering skit jelah...
ReplyDelete