2 keping dada ayam (terpulang sama ada dipotong kecil-kecil atau tidak)
1 sk serbuk lada putih
1 sk garam
1 biji limau nipis
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
1 biji telur
Tepung jagung secukupnya
Serbuk roti secukupnya
Minyak masak
- Ayam diperap bersama serbuk lada putih + garam + air limau nipis dan bahan tumbuk selama 2 jam.
- Golekkan ayam di atas tepung jagung.
- Celupkan ayam ke dalam telur yang telah dipukul.
- Golekkan pula ayam pada serbuk roti.
- Goreng ayam hingga masak.
1 kiub ayam
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 batang saleri (potong dadu)
3 sb marjerin
2 sb tepung gandum
2 sb sos cili
1 sb sos tiram
2 sk serbuk lada hitam
2 sk kicap manis
1 sk garam
- Didihkan air + bawang besar + saleri. Kemudian tapiskan.
- Cairkan marjerin. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
- Masukkan air rebusan dan kacau supaya tidak bergentel.
- Masukkan sos cili + sos tiram + kicap manis + serbuk lada hitam + garam dan gaul rata.
- Masak sehingga sos menjadi pekat.
INFO:
- Untuk membuat serbuk roti sendiri, anda hendaklah menjemur beberapa kepingan roti biasa selama 2 hari agar betul-betul menjadi keras.
- Setelah itu, kepingan roti ini hendaklah ditumbuk sehingga lumat.
- Serbuk roti ini boleh disimpan dalam jangka masa 2 bulan.
berapa kos nak msk ni lia? bajet kecik xleh la ye
ReplyDeletejgn risau...bajet kecik pn leh msk...bahan yg digunakn pn simple jer...insya-Allah anak2 ko pn suka sbb rasa dia mcm nugget skit...
ReplyDeletetolong masakkan boleh tak..nak makan jer
ReplyDelete