1 biji buah oren
1 cawan minyak masak
1 - 1 1/2 cawan gula
3 biji telur
2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu besar baking powder (ayak)
- Basuh buah oren dan buang biji serta urat tengah. Potong kecil-kecil bersama-sama kulitnya.
- Campur buah oren + minyak masak + gula + telur dan kisar sehingga hancur.
- Campurkan adunan kisar dengan tepung gandum + baking powder sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik kertas minyak dan disapu sedikit marjerin.
- Bakar selama 1 jam atau sehingga masak pada suhu 170 ⁰C.
1/2 cawan shortening atau lemak sayuran
1/2 cawan butter
1 sk esen vanila
1 1/2 cawan gula icing
2 sb susu segar
- Pukul shortening sehingga kembang
- Masukkan butter dan pukul lagi sehingga kembang dan agak putih.
- Masukkan esen vanila.
- Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga gebu.
- Masukkan susu segar dan pukul lagi sehingga gebu.
- Hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing.
- Boleh juga ditambah dengan pewarna mengikut citarasa dan tema hiasan kek.
fullamak...dasat tuh! siap wat topping ye...MESTI CUBA NI!hehehe
ReplyDeletesekadar percubaan pertama...mesti cuba...hehe...
ReplyDelete