1 cawan beras
4 cawan air
5 ulas bawang merah (dimayang halus)
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
2 inci halia (dimayang halus)
3 sb serbuk kurma
Rempah tumis (1 kayu manis, 1 bunga lawang, 1 buah pelaga dan 2 bunga cengkih)
1 mangkuk daging (dihiris nipis dan direbus sehingga empuk)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
2 biji kentang (dipotong dadu)
1/2 cawan santan
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Bawang goreng
Daun sup
- Panaskan minyak dan tumis rempah tumis + bawang merah + bawang putih + halia sehingga naik bau.
- Masukkan serbuk kurma dan gaul rata sehingga agak garing.
- Masukkan daging + beras + air + lobak merah + kentang dan biarkan sehingga beras kembang, lobak merah dan kentang empuk.
- Masukkan santan + garam + bawang goreng + daun sup dan gaul seketika sebelum tunggu sehingga mendidih.
- Matikan api dan boleh dihidangkan.
Resepi asal di sini.
No comments:
Post a Comment