Wednesday, 27 February 2013

Bubur Merah Bubur Putih



1 cawan beras pulut
10 cawan air
2 ketul gula melaka
2 sk garam
1 kotak kecil santan (boleh diganti 1 cawan susu segar)
2 helai daun pandan


  • Basuh beras pulut dan masak dengan air + daun pandan sehingga kembang.
  • Masukkan santan + garam dan gaul rata.
  • Ambil satu mangkuk kecil bubur putih dan ketepikan.
  • Masukkan gula merah dan gaul sehingga gula larut.
  • Jika kurang manis, boleh tambah sedikit gula pasir.
  • Matikan api dan boleh dihidangkan.
  • Sendukkan bubur gula merah ke dalam mangkuk.
  • Cedukkan 2 sudu besar bubur putih dan letakkan di tengah-tengah.







Monday, 25 February 2013

Mee Suah Sup




1 peket mee suah
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 inci halia (diketuk)
5 batang cili padi (diketuk)
1 batang lobak (dipotong bulat)
2 keping tauhu (dibelah 8)
2 batang sawi (dihiris)
1 batang daun sup (dihiris)
1 bungkus campuran seafood
2 biji telur
1 kiub ayam
1 sk serbuk lada putih
1 sk serbuk lada hitam
Air secukupnya
Sedikit minyak masak


  • Tumiskan bawang merah sehingga agak garing.
  • Masukkan bawang putih + halia + cili padi dan gaul sehingga naik bau.
  • Masukkan air + kiub ayam + serbuk lada putih + serbuk lada hitam + lobak + campuran seafood dan tunggu sehingga mendidih.
  • Masukkan mee suah + tauhu + sawi + daup sup dan gaul seketika.
  • Masukkan telur dan gaul rata.
  • Sedia untuk dinikmati ketika masih panas.









Saturday, 16 February 2013

Jemput-jemput Pisang



1 cawan pisang yang telah dilenyek
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sb gula
1 sk baking powder
1/2 sk garam
Minyak untuk menggoreng


  • Campurkan kesemua bahan dan digaul sebati.
  • Tunggu minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.
  • Goreng jemput-jemput sehingga agak hitam sedikit dan angkat.







Tuesday, 5 February 2013

Sup Bebola Daging



Bebola daging:
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah (diracik halus)
2 ulas bawang putih (diracik halus)
1/2 biji telur
1 sk tepung jagung
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit garam


  • Gaul semua bahan dan bentukkan adunan bulat-bulat kecil.
  • Masukkan ke dalam air mendidih.
  • Angkat bebola apabila telah timbul.

Sup:
5 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
1 sup bunjut
2 sk serbuk lada putih
2 sk garam
2 sb rempah sup
2 biji telur
1 batang lobak (dipotong bulat)
Air secukupnya
Daun sup secukupnya

  • Tumis bawang merah sehingga agak garing.
  • Masukkan bahan yang ditumbuk dan gaul sehingga garing.
  • Masukkan air + lobak + sup bunjut + serbuk lada putih dan biarkan sehingga memdidih.
  • Masukkan bebola daging + garam + rempah sup + telur dan tunggu sehingga mendidih kembali.
  • Tutup api dan taburkan daun sup ketika menghidang.




Nota:

  • Boleh dinikmati bersama nasi putih, aneka mee atau pasta.
  • Lebih enak jika ditambah dengan sambal kicap atau jeruk cili.