1/8 bahagian ayam (dipotong kecil-kecil)
1/2 batang lobak merah (dihiris bulat)
1 cawan bunga kobis (dipotong besar)
1/2 biji capsicum (dihiris besar)
4 biji putik jagung (dibelah empat memanjang)
1 biji tomato (dipotong dadu)
4 biji cili padi (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
2 ulas bawang putih (diketuk)
3 helai daun limau purut
2 sb kicap manis
2 sb sos tiram
5 sb sos cili
1 biji limau nipis
1 cawan air
1 sk garam
2 sb gula
- Tumiskan bahan yang diketuk + daun limau purut sehingga naik bau.
- Masukkan ayam + tomato, gaul rata dan dibiarkan seketika.
- Masukkan air + lobak merah dan tunggu hingga mendidih.
- Masukkan bunga kobis + capsicum + putik jagung dan gaul rata.
- Masukkan kicap manis + sos tiram + sos cili + garam + gula + jus limau nipis dan seimbangkan rasa.
- Boleh dinikmati bersama nasi putih atau nasi goreng.
- Boleh pelbagaikan sayuran yang lain mengikut citarasa.
- Jika lebih suka pedas, boleh tambahkan cili padi.
1/2 biji peria (dihiris dan direndam dengan air garam sebentar)
15 ekor udang (dibuang kulit)
3 biji cili padi (diketuk)
1 batang serai (diketuk)
2 cawan santan
3 biji bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci kunyit hidup (ditumbuk)
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
- Masukkan santan + cili padi + serai + bahan tumbuk + asam keping dan masak sehingga mendidih.
- Masukkan peria + garam dan tunggu mendidih sekali lagi
- Masukkan udang dan gaul rata sebentar sehingga udang bertukar warna.
- Boleh dihidangkan.
- Jika ingin lebih pedas, boleh tambahkan cili padi dan tumbuk sekali bersama bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup.
- Sekiranya warna kuning kurang menyerlah, boleh tambahkan serbuk kunyit.
2 ekor ikan (pilihan ikan masing-masing)
1 batang serai
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
3 biji cili padi
2 keping asam keping
6 biji bendi (dipotong dua)
1/2 batang lobak merah (dipotong bulat)
2 cawan air
Garam secukup rasa
- Serai + halia + bawang putih + cili padi + kunyit hidup diketuk sedikit dan bawang merah dihiris.
- Masukkan air + bahan yang diketuk + bawang merah + asam keping + lobak merah + garam ke dalam periuk dan biarkan mendidih.
- Masukkan bendi + ikan dan biarkan mendidih sekali lagi.
- Seimbangkan rasa dan boleh dihidangkan.
90 gm mentega
70 gm gula kastor
110 gm tepung gandum (diayak)
1 sk baking powder (diayak)
1 biji telur
50 ml susu segar
1 sk perasa pandan
Pewarna hijau secukupnya
Biji labu secukupnya
Acuan muffin saiz sederhana
- Panaskan oven pada suhu 180 celcius.
- Pukul mentega + gula kastor sehingga gebu.
- Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
- Masukkan tepung + baking powder + susu segar secara selang-seli dan gaul rata.
- Masukkan perasa pandan + pewarna hijau dan gaul sebati.
- Masukkan adunan 3/4 daripada acuan muffin dan taburkan biji labu sebagai hiasan.
- Bakar selama 30 minit atau sehingga masak sempurna.
2 buku roti panjang
1 keping daging cincang Ramly
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 inci halia (dicincang)
2 sb rempah kari
2 sb serbuk cili
1 sk garam
3 sb sayur campur
2 biji telur
Sedikit air
Sos cili secukupnya
Mayonis secukupnya
Sedikit minyak masak
- Cuci daging cincang dan goreng tanpa minyak sehingga agak garing. Ketepikan.
- Tumis bawang besar + bawang putih + halia sehingga naik bau.
- Masukkan rempah kari + serbuk cili + sedikit air dan gaul rata.
- Masukkan daging cincang yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
- Masukkan sayur campur + garam dan gaul rata. Matikan api.
- Pukul sedikit telur dan masukkan adunan daging cincang tadi.
- Panaskan kuali leper dan tuangkan separuh adunan daging cincang.
- Apabila telah separuh masak, potong tengah roti panjang dan tekapkan atas adunan daging cincang.
- Apabila masak, terbalikkan roti dan biarkan sebentar hingga agak garing.
- Tuangkan sos cili + mayonis di atas daging cincang dan dilipat dua.
- Sedia untuk dinikmati.
- Sekiranya tidak minat menggunakan sayur campuran, boleh ditukar kepada daun sup, daun bawang atau lobak merah sahaja.
- Lebih sedap sekiranya diletakkan daun salad, timun dan tomato.
2 pokok kailan
3 biji bawang merah (ditumbuk kasar)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
4 biji cili padi (ditumbuk halus)
1 inci belacan (ditumbuk halus)
Sedikit ikan bilis (ditumbuk kasar)
Sedikit air
Sedikit minyak masak
- Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
- Masukkan sayur kailan yang telah dipotong dan dicuci.
- Masukan sedikit air dan gaul rata hingga agak masak.
- Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam.