4 keping roti putih
4 batang sosej (mengikut citarasa masing-masing)
3 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
1 sk garam
Air secukupnya
Serbuk roti secukupnya
Minyak masak
- Kukus roti sebentar.
- Roti dinipiskan sedikit dengan menggunakan penggelek agar mudah untuk digulung.
- Kukus sosej sebentar.
- Letakkan sosej di atas roti dan gulungkan perlahan-lahan. Ketepikan.
- Campurkan tepung gandum + tepung beras + garam.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan agak cair.
- Ambil roti gulung tadi dan celupkan ke dalam adunan tepung.
- Golekkan atas serbuk roti sehingga menutupi semua bahagian roti.
- Goreng sehingga berwarna kuning keperangan.
- Boleh dinikmati bersama sos cili dan mayonis.
No comments:
Post a Comment