8 keping roti (dipotong ikut suka)
500 ml susu segar
1 biji telur
3 sb gula
2 sb tepung kastard
1 sk esen vanila
1/2 sk garam
Sedikit kepingan badam
Sedikit coklat urai
- Campurkan susu segar + telur + gula + tepung kastard + esen vanila + garam dan dipukul sehingga sebati.
- Susun roti di dalam bekas pembakar dan curahkan adunan susu tadi.
- Biarkan selama 20 minit.
- Taburkan kepingan badam + coklat urai sebelum dibakar.
- Bakar adunan pada suhu 180 celcius selama 30 minit dengan api atas bawah atau sehingga keperangan.
- Lebih enak jika dinikmati bersama sos kastard.
2 cawan beras basmathi (direndam selama 20 minit)
3 cawan santan
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (dititik)
2 helai daun limau purut
4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga cengkih, 1 bunga lawang, 1 biji buah pelaga)
2 sb minyak sapi
1 sb serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam
Hiasan:
Telur dadar (dihiris nipis)
Kismis
Bawang goreng (jika suka)
- Panaskan minyak sapi dan tumis halia + serai + daun limau + 4 sekawan sehingga naik bau.
- Masukkan serbuk ketumbar + serbuk jintan manis + serbuk jintan putih + serbuk lada hitam + serbuk kunyit dan digaul sehingga agak garing.
- Masukkan santan + garam dan kacau rata.
- Apabila mendidih, masukkan beras dan kacau sebentar.
- Masak nasi seperti biasa.
- Apabila hendak menghidang, taburkan telur dadar + kismis + bawang goreng sebagai hiasan.
- Boleh dihidangkan bersama lauk pauk seperti ayam goreng, jelatah, ayam masak merah, dalca daging, daging masak kicap atau lauk pauk lain mengikut citarasa masing-masing.
10 keping roti
Aiskrim secukupnya (perisa kegemaran)
Acuan karipap saiz sederhana
Minyak untuk menggoreng
- Ambil sekeping roti dan leperkan sedikit dengan penggelek.
- Letakkan roti di atas acuan karipap.
- Letakkan lebih kurang 2 sudu kecil aiskrim dan buat seperti karipap biasa.
- Simpan karipap aiskrim di dalam peti sejuk di bahagian beku selama semalaman.
- Panaskan minyak dan terus goreng karipap aiskrim tanpa dinyahbekukan terlebih dahulu.
- Apabila karipap aiskrim agak kekuningan, angkat dan perlu dimakan segera bagi mengelakkan aiskrim cair.
20 ekor udang (digaul dengan sedikit garam)
2 sb mentega
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih (dicincang)
3 biji cili padi (dihiris)
7 sb nestum
Sedikit garam
Sedikit gula
- Cairkan mentega dan goreng sebentar udang sehingga separuh masak.
- Gunakan mentega yang sama untuk menumis daun kari + bawang putih + cili padi sehingga naik bau.
- Masukkan udang dan digaul rata.
- Seimbangkan rasa dengan menambah sedikit garam + gula.
- Tutup api dan masukkan nestum.
- Gaul sehingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.