Sepohon brokoli
15 keping cendawan hitam kering (direndam sehingga kembang)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit ikan bilis
Sedikit so'on (direndam sehingga lembut)
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Sedikit minyak masak
- Tumiskan bawang besar + bawang putih + ikan bilis sehingga agak garing.
- Masukkan air.
- Masukkan cendawan hitam + so'on + garam dan tunggu sehingga air mendidih.
- Masukkan brokoli dan biarkan sebentar.
INFO:
- Cendawan hitam turut dikenali sebagai cendawan telinga kera dan dipercayai mampu merawat gangguan kardiovaskular.
- Selain itu cendawan hitam juga merupakan agen antioksidan dan boleh mengawal berat badan.
No comments:
Post a Comment