1 bungkus mauripan1 kg tepung gandum1 cawan air1 cawan marjerin3 sb gula2 biji telur1 sk garam1/2 sk bikarbonat1/2 sk baking powderMinyak masakSambal ikan bilis- Rendam mauripan + air sehingga berbuih.
- Campurkan semua bahan dan uli sehingga doh tidak melekat dan lembut.
- Bentukkan doh menjadi donat atau mengikut kesukaan masing-masing.
- Biarkan donat mengembang dua kali ganda atau selama 2 jam.
- Gorengkan donat.
- Sira donat dengan sambal ikan bilis.
Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa blog ini tampak sepi dan kurang serinya. Tanggal 11 November, satu lembaran baru perlu diterokai. BERPINDAH!. Secara tidak langsung dapur juga turut berubah. Walaupun dapur lama agak kecil tetapi ia menyimpan terlalu banyak kenangan. Di sinilah ku mula mengenali dapur elektrik dan semakin aktif mencuba pelbagai resepi.
Inilah ruang dapurku yang baru dan dikongsi dengan 4 penghuni bilik yang lain. Tampak sempurna, namun pergerakan agak terbatas. Adakah ini penyebab utama mengapa tiada lagi resepi yang ingin dikongsi? Insya-Allah ia tidak akan berlaku. Niat untuk sama-sama berkongsi dengan yang yang lain tetap membara. Nantikan perkongsian seterusnya...
2 biji kentang1 genggam daging cincang1 batang daun sup (hiris halus)5 sb bawang goreng1 sk garam1/2 sk serbuk lada putih1 biji telurMinyak masak- Goreng kentang sehingga masak.
- Tumbuk kentang sehingga lumat.
- Campurkan kentang + daging cincang + daun sup + bawang goreng + serbuk lada putih + garam dan gaul rata.
- Bentukkan adunan.
- Pukulkan telur.
- Celup adunan ke dalam telur dan digoreng sehingga kekuningan.
Nota:- Sesuai disajikan bersama mee sup atau soto. Selamat mencuba!...
1 biji bawang besar (hiris nipis)2 sb cuka1 sb gula1 sk garamSedikit airSedikit pewarna merah- Campurkan semua bahan dan seimbangkan rasanya.
Beberapa keping kulit popiaInti:3/4 cawan daging cincang2 biji kentang (potong dadu)1 sb serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)1/2 biji bawang besar (potong dadu)2 ulas bawang putih (potong dadu)Daun sup1 sk garam2 biji telur- Tumiskan bawang putih + bawang besar + rempah kari sehingga naik bau.
- Masukkan kentang + daging cincang dan tunggu sehingga masak.
- Masukkan garam + daun sup.
- Pukul telur dan campurkan dengan adunan daging.
- Ambil kulit popia, isikan inti dan lipat empat segi.
- Goreng dengan sedikit minyak.
- Boleh dimakan dengan kuah bawang.