Bahan-bahan:
3 keping ikan mayong
5 sb cili kisar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sk serbuk kunyit
1 biji tomato (belah empat)
5 batang bendi
Beberapa helai daun kesom
1 sk pes asam jawa
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Cara memasak:
1. Tumbuk bawang merah + bawang putih + halia.
2. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan ikan mayong + tomato dan kacau sehingga rata.
5. Masukkan air + pes asam jawa dan biarkan sehingga ikan lembut.
6. Masukkan bendi dan daun kesom. Tunggu sehingga bendi empuk.
7. Padam api dan sedia untuk dihidang.